Followers Remaja Purba

Wednesday, June 17, 2009

kereta breakdown & PPUM

15 JUN 2009 (Isnin)

Hari ni aku gerak dari rumah kul 6.30 am, tapi memang tak sangka jalan jem teruk lepas Alam Budiman nak smpai UiTM Puncak Perdana, bukan risau sebab jem tapi risau condition keretaku.

Aku risau sangat sebab temperature kereta naik habis sampai maximum tapi Alhamdulillah sempat lepas traffic light Puncak Perdana, terus berhenti kat tengah-tengah tu, bagi double signal dan matikan enjin nak bagi enjin cool balik tapi kereta pula tak boleh start, nak pulak handphone ku tak cukup credit dan bateri low. Dugaan sungguh, aku dengan anak-anak duduk saja dalam kereta tak keluar pun sebab aku tau kereta ni memang tak boleh start pun, kena jumper gak baru boleh hidup enjin dia.

Call hubby dia tengah ada keje dan kebetulan berada di Singapura. Dari pukul 6.45 am smpai 8.30 am aku masih di tengah-tengah tiada siapa yang sudi nak membantu, ye aku faham semua mengejar masa nak pergi kerja, dari gelap sampai teranglah aku kat situ, nasib baik anak-anakku tak meragam.

Nasib baik along sepupu a.ipar hubby datang dan jumper bateri kereta. Alhamdulillah boleh start enjin cuma tak berani jamin sejauh mana boleh jalan.

Lega dapat hantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku singgah office apply cuti, pagi dah masuk lewat dan petang ada appointment di PPUM utk ammar. Kemudian pergi beli bateri ganti baru.

Petang:
1.30 pm aku ambil ammar bawa ke Bahagian pemulihan Anggota Badan, PPUM dengan Wahida, sampai je parking kereta PPUM temperature kereta naik balik, kipas radiator keretaku tak berfungsi.

Masa kat Bahagian pemulihan Anggota Badan, PPUM, jumpa Lily, glove khas adik tak siap lagi, kena datang 7 Julai 2009 ni untuk ambil glove tu tapi untuk ‘pengikat’ pelapik khas tangan adik dia bagi free.


Ni masa adik tengah leka dengan mainan untuk latihan tangan adik. Salah satu tu nama dia easy grip peg board, yang tinggi tu entah apa nama dia aku tak ingatlah sebab aku pun turut leka layan dan main sama dengan adik.


Lepas selesai urusan di PPUM, ambil kakak terus balik dan nasib baik sepanjang perjalanan balik anak-anak tidur

Malam, sempatlah layan cerita Evolusi KL Drift, adik paling suka sampai layan 2 kali movie tu. Lepas tu paksa diorang tidur sebab pagi esok nak ke PPUM lagi, Bahagian Pakar Kanak-kanak sebab tonsil adik.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...