Monday, November 30, 2009

Hari Raya Aidiladha

27 NOVEMBER 2009 (Jumaat)

Pagi:
Singgah rumah mak di P.J, sebelum balik mak sempat bekalkan rendang ayam, yummi sedapnya.

Hubby ajak singgah Tesco sebab hubby nak masak rendang petang ni. Aku separuh hati sebenarnya sebab penat.

Lepas dah membeli apa yang patut, kakak Irah bagi idea yang brilliant punye:
“ibu… apa kata kita makan pizza, tak lama kakak tak makan (perkataan asal - dah lama kakak tak makan)” hubby turutkan aje permintaan dia tu, lagipun jarang makan.


di Pizza Hut



antara gelagat anak-anakku



Petang:
Cadang nak balik kampung tapi memandangkan masing-masing dah tak larat (nak buka mata pun rasa berat, apatah lagi nak pandu kereta), maka terpaksalah batalkan, lain kali jelah kita balik kampung.

Wednesday, November 25, 2009

Bahagian Pemulihan Anggota Badan lagi


24 NOVEMBER 2009 (Selasa)

Petang:
Bawa dak Adik ke Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM, appointment dengan miss Lily.

Antara gelagat dak Adik

Sempat lagi makan anggur dulu.



Kat sini tak payah tunggu lama sebab memang ikut waktu temujanji yang ditetapkan. Masuk je dalam bilik tu, dak Adik dah tunjuk almari tempat simpan barang-barang yang biasa dia gunakan.

Tuesday, November 24, 2009

Balik Rumah


22 NOVEMBER 2009 (Ahad)

Pagi:
Ikutkan hati malam nanti baru nak balik Rumah tapi hubby pula nak pergi kenduri kahwin member dia maka kenalah balik awal.

Sempat singgah beli buah binjai/kemang - sekilo RM8.00, aku cuma ambil dua biji pun dah RM4.00, hubby cakap makan habiskan jangan membazir mahal ni.


Hubby pun tak kenal buah ni malah tak tahu pun nak makannya macam mana


Tengahari selamat sampai rumah, nak pergi pula kenduri.

“ibu ni baru smpai rumah dah nak keluar balik, kakak nak tengok kartun pun tak dapat” dia pun dah pandai mengomel sekarang, macam ibu dia.



Petang/Malam:
Akibat dari kepenatan melampau hari ni, aku dengan anak-anak rehat je, hubby sibuk kat dapur mengerjakan ‘periuk kera’ yang kitorang ambil sikit kat rumah Pak Busu, masak pulut dalamnya.



periuk kera yang dah dibersihkan.


AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...