Tuesday, November 24, 2009

Balik Rumah


22 NOVEMBER 2009 (Ahad)

Pagi:
Ikutkan hati malam nanti baru nak balik Rumah tapi hubby pula nak pergi kenduri kahwin member dia maka kenalah balik awal.

Sempat singgah beli buah binjai/kemang - sekilo RM8.00, aku cuma ambil dua biji pun dah RM4.00, hubby cakap makan habiskan jangan membazir mahal ni.


Hubby pun tak kenal buah ni malah tak tahu pun nak makannya macam mana


Tengahari selamat sampai rumah, nak pergi pula kenduri.

“ibu ni baru smpai rumah dah nak keluar balik, kakak nak tengok kartun pun tak dapat” dia pun dah pandai mengomel sekarang, macam ibu dia.



Petang/Malam:
Akibat dari kepenatan melampau hari ni, aku dengan anak-anak rehat je, hubby sibuk kat dapur mengerjakan ‘periuk kera’ yang kitorang ambil sikit kat rumah Pak Busu, masak pulut dalamnya.



periuk kera yang dah dibersihkan.


Monday, November 23, 2009

Balik Kampung

21 NOVEMBER 2009 (Sabtu)

Plan asal nak balik malam Jumaat tapi hubby kena kerja hari Sabtu. Lepas habis kerja kitorang balik kampung sebab Pak Busu order barang khas dari Meru untuk kenduri kahwin anak buah dia.


Petang:
Sampai Seremban aku minta hubby ikut jalan lama, boleh cuci mata. Sempat singgah beli cendol. Cendol Leman Dawi.


Payung beroda


Malam:
Selamat sampai kat rumah Pak Busu, diorang ajak ke rumah pengantin aku bagi alasan penat dan lagipun seganlah.

Cadang nak rehat tapi hubby kata dia lapar, hubby ajak ke Pangkalan Balak makan kat sana.




Malam lena sebab dah kekenyangan

Wednesday, November 18, 2009

Kali pertama?


17 NOVEMBER 2009 (Selasa)

Akhirnya, hampir 2 bulan tertanya-tanya, nampaknya aku dah boleh mula beranganlah.




Nanti aku ambil gambar yang lagi BESAR PUNYA.



UPDATE:

Ini dia - BESAR PUNYEEEE


anak-anakku teruja

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...