Tuesday, June 9, 2026

Maggi | Orang Lain Masak Lagi Sedap


Bohonglah kalau aku kata aku tak makan maggi di tempat kerja. Sesekali bila rasa teringin, maggi cup memang jadi pilihan yang aku beli dari mesin 'gedegang' di tempat kerja dan ya.. jangan jadi 'pembaris' bila melibatkan jenama tersebut. 



Itu kalau di tempat kerja. Kalau di rumah, bila teringin nak makan maggi, siap tambah bahan-bahan yang ala-ala macam dalam iklan tv tapi bila makan tak habis pun. Tengok orang lain masak Maggi nampak mengiurkan tapi bila masak sendiri, rasa macam ada yang kurang.


Tapi..
Dalam operasi mencari mangsa yang hilang baru-baru ini, ada satu video yang memaparkan anggota penyelamat sedang menikmati semangkuk Maggi. Di tengah hutan yang sunyi dan gelap, jauh daripada keluarga serta keselesaan rumah, Maggi yang dimasak tanpa bahan-bahan seperti dalam iklan tv itupun nampak sedap.

dari [SINI]


Mungkin suasana di dalam hutan itu sendiri yang menjadikan rasa Maggi yang dimasak nampak sedap. Selepas berjam-jam meredah denai, mendaki mencari mangsa tanpa mengenal penat, apa je yang dapat mengisi perut serta mengembalikan tenaga pasti terasa lebih nikmat.

Kadang-kadang yang paling mengenyangkan bukanlah makanan yang mewah tapi hati yang tahu bersyukur dengan apa yang ada.


Hargailah setiap rezeki yang hadir, walaupun hanya semangkuk Maggi. Hari ini mungkin kita mampu memilih apa yang ingin dimakan tapi esok belum tentu. Selagi masih diberi kesempatan untuk merasa dan menikmati rezeki yang dikurniakan, bersyukurlah seadanya kerana tidak semua orang bernasib baik seperti kita.

#RemajaPurba: ..

3 comments:

  1. Maggi ni kalau kita memang lapar dia sedap betul walau takde boh telur atau apa2 kak... tapi memang betul kalau org masakkan lagi sedap lain mcm hahahah

    ReplyDelete
  2. Setuju, makan maggi sendiri tak habis tapi tengok orang lain makan nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Maggi sekarang agak kecik berbanding dulu. Yang dulu tak dapat habiskan, yang sekarang boleh lah jugak kadang tu habiskan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...