10 Disember 2025 - Rabu (19 Jamadilakhir 1447H)
Permulaan hari yang tenang, jalan yang lengang dan rezeki tiba awal di tempat kerja — itulah antara nikmat yang selalu buat hati rasa syukur. Bukan setiap hari kita diberi peluang seperti ini, jadi hargailah saatnya.
Biasalah bila berada di atas jalan raya — segala jenis perangai pun ada. Ada yang memandu laju macam tengah buat latihan di Litar Sepang, ada yang jadi lane hogger tak sedar diri (kisahnya di [SINI]) dan ada pula yang bila kena hon terus naik angin padahal dia sendiri punca masalah.
Teringat perbualan aku dengan En. Hubby. Waktu tu ada sebuah kereta yang sedikit menghalang pergerakan kereta kami. Aku sebagai co-pilot pula yang bising tapi En. Hubby diam je — tiba-tiba terkeluar ayat ni dari en. Hubby..
'Ini tempat saya punya maa..' Merujuk kepada kereta yang menghalang laluan.
Spontan aku menjawab dek kerana geram dengan sikap pemandu tersebut.
'Eleh, nak jadi gangster konon. Atas jalan beranilah. Cuba balik rumah — tengok siapa lagi gangster'.
Betullah kan..? Suruh dia balik rumah, tengok siapa lagi gangster.
@RemajaPurba: ..
Terus kalah dengan ketua gengster ya 😂
ReplyDeletekat rumah kepala gangster pun kalah dengan isteri masing2
ReplyDelete