Followers Remaja Purba

Tuesday, September 30, 2025

@@ GOLDEN - HUNTR/X | KPop Demon Hunters


30 September 2025 - Selasa (8 Rabiulakhir 1447H)

Golden – Bila Versi Dakwah Lebih Melekat. Ada masanya sesuatu jadi tular bukan sebab kita ikut dari awal tapi sebab ia kerap lalu di feeds. Dari tak tahu, jadi tahu. Dari sekadar lagu, terus melekat dalam kepala — walaupun dalam versi yang tak disangka.
Mula-mula bila aku dengar lagu asalnya, memang catchy tapi bila otak aku cuba nak recall balik liriknya, automatik keluar versi dakwah pula. Macam dah kena 'rewire' – bila dengar banyak kali, terus melekat dalam kepala. Paling win, bila orang lain hafal versi asal, aku pula jadi geng yang 'auto dakwah version'.
Bezanya, versi asal memang lebih kepada hiburan semata, sesuai dengan jalan cerita tapi bila dengar versi dakwah, lain macam rasanya. Lirik dia lebih dekat dengan jiwa, siap ada mesej yang boleh jadi peringatan harian. Kadang-kadang kita tak sedar, benda simple macam ni pun boleh jadi ruang untuk kita muhasabah diri.


Dari [SINI]
Lirik: Ustaz Adnin Roslan & Elyas Hazard
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Video Production: Elyas Hazard, Irsyaddudin, Syukri Latif


VERSE:
Kadang lelah kadang resah
Namun cinta takkan rebah
Aku tahu aku hina
Namun cintaMu tidak akan pernah sirna
Pernah hatiku ingin mati
Letihku menanggung sepi
Tapi Kau masih beri peluang
Engkau tempatku kembali
Oh! Tuhanku

PRE KORUS:
Dalam gelap ku mencari 
Cahaya terangMu
Walau tersungkur walau jatuh 
Ku bangkit

KORUS
Ku berjalan menuju syurga dengan..
Luka yang masih terasa
Mengenang dosa yang lama
Oo.. Aku percaya janjiMu nyata
Air mata jadi saksi
Ampuni aku Ya Rabbi
Oo
Dalam gelap ku mencari 
Cahaya terangMu
Walau tersungkur walau jatuh 
Ku bangkit lagi

BRIDGE
Gelap malam menyesak dada
Namun doa penemanku
Aku tahu ku tak sempurna
Terimalah diriku Ya! Allah

PRE KORUS 2:
Dalam gelap ku mencari 
Cahaya terangMu
Walau tersungkur walau jatuh 
Ku bangkit lagi

KORUS 2:
Dan ku berjalan menuju syurga dengan.. 
Luka yang masih terasa
Mengenang dosa yang lama
Oo.. Aku percaya janjiMu nyata
Air mata jadi saksi
Ampuni aku Ya Rabbi
Ooo..
Dalam gelap ku mencari 
Cahaya terangMu
Walau tersungkur walau jatuh 
Ku bangkit lagi

OUTRO
Kan aku datang padaMu oh!Tuhan
Dengan cinta dan rindu
Ku pohon rahmat agungMu
Ke syurga yang ku rindu
Andai aku tersungkur walau jatuh 
Ku bangkit lagi

We do not monetize this song. All rights are fully reserved to the original owner. 
Lagu asal: 'Golden' - HUNTR/X | KPop Demon Hunters | Sony Animation

========================================

Lagu Asal dari [SINI]


I was a ghost, I was alone (Hah)
Eoduwojin (Hah) abgilsog-e (Ah)
Given the throne I didn't know (Hah) how to believe (Hah)
I was the queen that I'm meant to be (Ah)
I lived two lives, tried to play both sides
But I couldn't find my own place
Called a problem child 'cause I got too wild
But now that's how I'm getting paid, kkeut-eobs-i on stage

I'm done hidin', now I'm shinin'
Like I'm born to be
We dreamin' hard, we came so far
Now I believe

We're goin' up, up, up
It's our moment
You know together we're glowing
Gonna be, gonna be goldеn
Oh, up, up, up
With our voices
Yeong-wonhi kkaejil su еobsneun
Gonna be, gonna be golden

Oh, I'm done hidin' now I'm shinin'
Like I'm born to be
Oh, our time, no fear, no lies
That's who we're born to be

Waited so long to break these walls down
To wake up and feel like me
Put these patterns all in the past now
And finally live like the girl they all see

No more hiding, I'll be shining
Like I'm born to be
'Cause we are hunters, voices strong
And I know I believe

We're goin' up, up, up
It's our moment
You know together we're glowing
Gonna be, gonna be golden
Oh, up, up, up
With our voices
Yeong-wonhi kkaejil su eobsneun
Gonna be, gonna be golden

Oh, I'm done hidin', now I'm shining
Like I'm born to be
Oh, our time, no fears, no lies
That's who we're born to be

You know we're gonna be, gonna be golden
We're gonna be, gonna be
Born to be, born to be glowin'
Balg-ge bichnaneun ulin
You know that it's our time, no fears, no lies
That's who we're born to be

Kadang yang singgah di hati kita bukanlah versi asal tapi versi yang lebih memberi makna.
Fenomena lagu ni pun satu hal. Dalam zaman media sosial sekarang, benda boleh viral sekelip mata. Dari satu lagu dalam filem, terus merata ada versi cover, remix dan macam-macam lagi. Aku suka bila ada orang kreatif ambil sesuatu yang trending, kemudian diolah jadi versi yang lebih bermanfaat.

@RemajaPurba: ..

Monday, September 29, 2025

JANGAN TERLALU BERKIRA


29 September 2025 - Isnin (7 Rabiulakhir 1447H)

Jangan biasakan diri bermain dengan kata yang menampakkan kita suka meminta-minta.
'Jom minum..'
'Boleh..'
'Kau belanjalah..'

Dalam persahabatan di tempat kerja, elakkan sikap suka meminta-minta atau bergurau yang menampakkan kita hanya mahu orang lain belanja. Berkira memang perlu tapi jangan sampai jadi kedekut hingga merenggangkan hubungan. Rezeki yang ada bukan milik kita selamanya — bahagiakan ia dengan cara yang seimbang. Ringankan tangan bila mampu tapi pastikan kita juga pandai menjaga diri agar tidak terbeban di kemudian hari. Bila saling bertimbang rasa, suasana kerja pun jadi lebih harmoni.

Berkira perlu jangan sampai kedekut.
Ingatlah.. harta kita bukan hak kekal kita. Uruskanlah dengan cara terbaik. InsyaAllah.
Hidup akan jadi lebih indah bila kita belajar menghargai dan saling memberi.

Dalam rumahtangga, jangan biasakan diri meminta-minta atau terlalu berkira dengan pasangan. Belajar untuk saling memberi dan melengkapi, bukan menekan dengan kata-kata. Ingatlah, rezeki yang kita ada hanyalah pinjaman. Uruskan dengan bijak — ada bahagiannya untuk diri kita, pasangan, anak-anak, juga orang sekeliling. Namun dalam bersedekah atau berbelanja, jangan sampai menjejaskan keluarga sendiri. Sederhana itu lebih menenangkan.

Keseimbangan antara berjimat, memberi dan menghargai inilah yang akan menjadikan hidup lebih harmoni serta membina hubungan yang lebih kukuh, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Jadilah insan yang bukan sekadar menerima tetapi juga memberi manfaat. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab keberkatan dan kebahagiaan bersama.


#RemajaPurba: ..

Sunday, September 28, 2025

MAGNUN: WIN A TICKET TO JACKSON WANG LIVE CONCERT


28 September 2025 - Ahad (6 Rabiulakhir 1447H)

Introducing our Brand Ambassador, the charismatic Jackson Wang
A perfect match to remind you that nothing cracks like Magnum — and with Jackson, we’re taking your pleasure beyond


Aku..?
Setiap kali beli aiskrim, hanya Magnum jadi pilihan MakBudak dan anak-anak pun tahu selera aku. Rasa klasik Magnum: coklat tebal yang bunyi krak bila digigit, dalamnya pula creamy dan sedap macam biasa. Bertambah suka sebab Brand Ambassador  — Jackson Wang dan bonus menanti untuk peminat Jackson Wang, ada peraduan boleh disertai.


Magnum telah melancarkan flavour baru di Malaysia:
Strawberry Panna — gabungan ais krim strawberry dan panna cotta, disalut coklat Belgian dan ada kepingan strawberry sebenar.

Aku dan en. Hubby sudah, anda bila lagi..


Magnum x Jackson Wang: Peluang Menang Tiket Konsert Eksklusif!


Bayangkan.. tengah craving aiskrim, masuk 7-Eleven, beli aiskrim Magnum — sekali resit tu pula jadi 'tiket emas' yang boleh bawa anda terus ke konsert Jackson Wang Live – PS1 Concert. Menarik kan?

Magnum Malaysia kini tampil dengan peraduan eksklusif bersama 7-Eleven, khas buat pencinta aiskrim dan juga peminat Jackson Wang. Bukan sekadar menikmati coklat premium Magnum, anda juga berpeluang memenangi tiket bernilai RM998 untuk menyaksikan persembahan idola terkenal ini secara langsung.

SYARAT PENYERTAAN:
  • Beli produk Magnum dengan jumlah minimum RM15 dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven.
  • Imbas dan hantar resit pembelian tersebut melalui saluran penyertaan yang ditetapkan.

TEMPOH PERADUAN:
  • Bermula 22 hingga 30 September 2025
  • Eksklusif di semua kedai 7-Eleven seluruh Malaysia



Jangan lepaskan peluang istimewa ini. Setiap pembelian Magnum bukan sahaja memberikan nikmat aiskrim coklat yang premium malah berpotensi membawa anda lebih dekat untuk menikmati persembahan secara langsung daripada Jackson Wang.

@RemajaPuba: ..

#Ceramah - HIDUP INI KENA IKUT NETIZEN KE HADIS?


27 September 2025 - Sabtu (5 Rabiulakhir 1447H)

Poligami bukan perkara main-main. Ia menuntut kemampuan yang sebenar, bukan sekadar dari segi kewangan. Perasaan isteri pertama perlu dijaga. Jika dia masih terluka walaupun memberi izin suaminya berkahwin lagi, itu tandanya suami tersebut belum benar-benar mampu — kerana dia gagal menjaga hati isteri pertama. Itu juga sebahagian daripada nafkah batin, iaitu dari sudut kebahagiaan.

Apalah gunanya isteri kedua bahagia tetapi isteri pertama derita? Itu tetap tidak adil. Jika suami pernah berjanji untuk tidak berpoligami, maka janji itu wajib ditunaikan. Jangan sesekali dimungkiri. Isteri pertama juga berhak menolak atau menghalang suaminya berkahwin lagi, kerana suami itu miliknya. Hak seorang isteri tetap perlu dihormati, bukan boleh dipandang ringan atau dibuat sesuka hati.

=========================================

Benarkah isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai?
Aku tak nak sentuh cerita lama, tapi suka cara Ustaz Azhar Idrus (UAI) terangkan hal ni. Kadang-kadang rasa macam dapat shortcut faham benda yang susah, kadang-kadang buat kita tersenyum sambil gelak sendiri dan kadang-kadang rasa ringan je hati, macam tengah dengar kawan bercerita tapi dapat ilmu sekali.

'Aku tinggalkan dua perkara, selama mana kau ikut dia perkara ini, kamu takkan sesat. Al-Quran dan Hadis. Mana yang tak ikut, gerenti sesat. Itu saja'.

Tidak terkandung dalam Al-Quran serta Hadis mengatakan 'Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai'.

Tak salah nak buat status setiap hari tapi biarlah yang betul.
Dulu.. sebelum sesuatu ditulis masuk surat khabar, ia akan diteliti terlebih dahulu. Sekarang.. kita tulis je, kita tekan send  worldwide baca. Kalau salah, sampai akhirat menanggung dosa. 

Kalau nak tulis, tulislah perkara yang baik. Apa guna tulis benda mengarut atau cakap pelik-pelik? Ada pulak untuk dihargai, lepas tu pula dicintai. Hakikatnya, isteri pertama sering menjadi mangsa perasaan. Dia akan terasa hati. 'Apa benda status bodoh macam ni?'.

Padahal, kedua-dua — isteri pertama dan isteri kedua tetap tanggungjawab seorang suami. Suami akan ditanya tentang hal ini di akhirat. Sebab itu Nabi berpesan: 'Kamu semua orang yang beriman adalah terbaik kerana kamu beriman tapi antara kamu yang beriman, yang terbaik adalah yang paling baik dengan isterinya'.

Jadi, kalau tulisan kita buat isteri sakit hati, adakah kita masih dianggap yang terbaik? Sepatutnya, setiap kali kita bercakap, isteri suka. Setiap kali kita hantar mesej, hatinya gembira.


'Hidup ini kena ikut netizen ke hadis?'
'Kalau ikut netizen, sesat kamu jumpa api neraka'.
di [SINI]..

=========================================

'Hai.. senangnya dalam hati, kalau beristeri dua. Seperti dunia ana yang punya..'

Aku sebenarnya tak suka tengok orang kahwin dua tapi kalau kahwin tiga, aku rasa macam menarik pula — sebab nak lihat reaksi isteri kedua bila dirinya pula dimadukan. Barulah rasa sedikit adil. Selalunya, wanita mudah merampas hak orang lain tanpa fikir perasaan isteri pertama tapi bila giliran hak mereka pula yang 'dirampas', tahu pulak nak marah.
Hadis tu peta, netizen tu GPS yang kadang tersasar. Nak rumah bahagia? Pilih peta yang betul.

Dalam usia Remaja Purba ni, sebaiknya kita tenang-tenang je. '2025 ni jangan banyak bunyihidup je'. Apa yang ada dalam socmed ni, jangan percaya bulat-bulat. Ambil yang baik sebagai teladan, yang buruk buang jauh-jauh sampai ke sempadan.

#RemajaPurba: Mak.. update di [SINI]

Friday, September 26, 2025

SEKADAR PENJELASAN RINGKAS


26 September 2025 - Jumaat (4 Rabiulakhir 1447H)

Kadang-kadang ayat di blog ni macam bunyi sedih tapi sebenarnya ia cuma sekadar pesanan kecil untuk sama-sama kita renungkan.

Alhamdulillah..
Terima kasih pada yang sudi singgah baca entry sebelum ni — di [SINI]..
Cuma nak buat sedikit penjelasan sebab ada yang tinggalkan komen dengan anggapan aku sedang melalui sesuatu. Sebenarnya tidak.. entry tu bukanlah luahan hatiku tapi lebih kepada perkongsian untuk memberi semangat kepada mereka yang mungkin sedang berada dalam situasi itu.

Aku ok, baik-baik saja.. cuma kadang tu bila tergerak hati nak menulis, aku lebih suka gunakan gaya bahasa yang dekat dengan jiwa. Mungkin sebab itu ada yang rasa seolah-olah aku sendiri yang sedang diuji.

Apa yang aku tulis, hanyalah sekadar coretan untuk kita sama-sama ingatkan diri. Hidup ni bukan sentiasa indah, ada masa kita perlu belajar melepaskan sesuatu dan pada masa yang sama membuka ruang untuk bahagia yang lain hadir.

Jadi jangan risau ya, aku ok cuma berkongsi sedikit rasa agar siapa yang sedang berjuang di luar sana, tidak merasa keseorangan. Aku hargai setiap doa, kata semangat dan perhatian yang ditinggalkan di ruangan komen. Semoga doa yang baik itu kembali kepada kalian semua.

@RemajaPurba: Terima kasih buat semua..

KALAU TAK BOLEH MENYENANGKAN, JANGAN MENYUSAHKAN


26 September 2025 - Jumaat (4 Rabiulakhir 1447H)

Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari tetapi juga peluang baru yang Allah kurniakan buat kita — untuk senyum lebih ikhlas, doa lebih kuat dan hidup lebih tenang. Seakan ada ruang baru yang terbuka luas untuk kita menghapuskan resah semalam dan menggantikan dengan harapan yang lebih segar.

Dalam menjalani hidup ini, ada perkara asas yang sebenarnya boleh kita pegang — kalau tak mampu menyenangkan orang lain, cukuplah jangan menyusahkan mereka. Dunia ini sudah cukup berat untuk setiap orang bawa jadi jangan kita menambah beban pada bahu sesiapa lagi. Kadangkala.. bukan pertolongan besar yang orang perlukan tetapi cukup sekadar kita tidak menambah kesulitan dalam hidup mereka.

Adakalanya, diam itu lebih baik. Diam bukan bermakna kita kalah atau lemah tetapi diam boleh menjadi tanda kebijaksanaan. Kadang-kadang diam itu lebih baik dan jauh lebih bernilai daripada kata-kata atau perbuatan yang melukakan. Aku memilih untuk diam sebenarnya lebih bernilai, lebih mendidik jiwa dan lebih memberi makna daripada seribu ucapan.
Kebaikan kecil yang kita lakukan hari ini mungkin jadi besar di mata orang lain.
@RemajaPurba: ...

Thursday, September 25, 2025

GUBAHAN BUNGA ISTIMEWA DARI CHENILLE STEM


Kenangan yang tertinggal tahun lepas..

Dak Nuha ni seorang yang kreatif, dalam diam ada saja benda yang dia buat. Ikut musim, ikut rasa hati — kadang seronok melukis, kadang sibuk mereka bentuk, dan ada masanya pula leka mewarna sampai berjam-jam. Ada waktu kita tengok dia tekun dengan pensel warna, ada masa penuh meja dengan hasil rekaan dia. Tambah pula dia si bongsu dalam keluarga, tiada adik kecil yang nak berebut atau kacau barang-barang dia. Sebab itulah segala hasil tangan dan barang peribadi dia boleh 'berkhemah' merata-rata dalam rumah, tetap kekal elok tak terusik.

Macam tahun lepas, dia minta aku belikan bahan-bahan untuk buat bunga. Katanya nak dijadikan hadiah istimewa untuk guru kelasnya. Bila barang semua dah ada, mulalah dia fokus dengan dunia dia sendiri. Pelbagai bentuk bunga dihasilkan ikut kreativiti dan citarasa dia, kadang aku pun tak sangka sejauh itu idea yang keluar dari kepalanya. Hanya bila semuanya betul-betul siap barulah dia tunjuk hasil tangan dia.

Bahan utama - 'batang berbulu'

Dia tak bagi aku buat, dia nak buat sendirian.

Ini hasil pertama masa dia mula belajar buat dulu tapi bukanlah bunga ini yang dijadikan hadiah kepada guru kelasnya.


Di bawah ini antara hasil tangan dak Nuha yang dia buat tahun lepas. Setiap satunya bukan sekadar hiasan tapi ada niat dan makna tersendiri. Dia siapkan dengan penuh sabar untuk dijadikan hadiah kepada guru-guru kelas di SK dan juga SRA tempat dia belajar. Tak dilupa juga cikgu Amir, yang telah mengajar dan membimbing dia dan pasukan softball sekolah di [SINI]. Semuanya dia susun sebagai tanda ingatan, rasa hormat dan terima kasih yang lahir dari hati kecilnya. Bagi dak Nuha, hadiah itu bukan sekadar pemberian biasa tetapi kenangan manis yang ingin dia tinggalkan sebelum melangkah ke dunia SMK dengan pengalaman dan cerita baru.

Teacher Mageswari

Cikgu Suziana

Ustazah Jannati

Ustazah Aida

Cikgu Amir

- Semua dak Nuha buat sendiri tanpa bantuan sesiapa -

Buat semua guru yang mengajar dak Nuha:
Moga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan para guru menjadi bekal pahala berpanjangan dan semoga mereka terus diberikan kesihatan serta kekuatan untuk mendidik generasi seterusnya.


Tahun 2025?
Ada juga dak Nuha membuatnya untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya. Lepas ni nak kena beli lagi sebab banyak warna chenille stem tu dah habis. 

Jual..?
Belum lagi sebab dak Nuha buat pun sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang.


======================================

CHENILLE STEM:
Bunga tiruan yang dibuat daripada batang berbulu biasanya menggunakan chenille stem (atau dikenali juga sebagai pipe cleaner). Batang ini fleksibel dan berbulu, sesuai untuk membuat pelbagai jenis bunga tiruan. Kalau ikut bahasa mudah, chenille stem ni batang dawai berbulu lembut yang boleh dibentuk sesuka hati untuk hiasan atau kraf.

Berikut adalah beberapa contoh bunga tiruan yang dihasilkan menggunakan chenille stem:
  • Bunga Tulip: Tulip kecil yang cantik sesuai untuk hiasan meja atau hadiah.
  • Bunga Lily: Bunga yang elegan sesuai untuk dekorasi rumah.
  • Bunga Matahari: Bunga ceria yang mudah dibuat dengan chenille stem.
  • Bunga Ros: Bunga yang dihasilkan dengan teknik lipatan dan lilitan chenille stem.


@RemajaPurba: Bunga boleh layu tapi kenangan dan jasa guru kekal selamanya..

Wednesday, September 24, 2025

BILA MIGRAIN MENYERANG DALAM DIAM


23 September 2025 - Selasa (1 Rabiulakhir 1447H)
Kadang-kadang bangun pagi dengan rasa segar tapi hari ini migrain datang menyerang, diam-diam menukar rutin jadi lebih perlahan dari biasa.

Pagi..
Aku antara yang diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja. Prosesnya mudah saja — ambil darah sampai tiga tiub, ukur tinggi dan timbang berat badan, check tekanan darah serta mengambil sampel air kencing. Keputusannya..? Akan dimaklumkan kemudian.

'Tinggi bacaan tekanan darah puan'.

Bila melihat bacaan pada mesin tekanan darah tersebut, aku cuma iyakan apa yang doktor bagitahu sebab aku tengah menahan sakit kepala. Doktor pesan, 'Puan sarapan dulu, rehat, nanti datang lagi kita check semula tekanan darah puan'. 'Ok, doktor..'. Selesai urusan berkaitan, terus sambung buat kerja tapi disebabkan kepala makin berdenyut-denyut, aku terus hubungi en. Hubby minta ambil aku di tempat kerja tengahari nanti. Dari terus menyeksa diri sehingga petang, baik aku mengalah awal.

Tengahari..
Selepas mendapat kebenaran pulang awal, en. Hubby datang ambil aku dan terus bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bila tekanan darah diambil semula di klinik, hasilnya memang jauh berbeza. Di tempat kerja bacaan tinggi tapi di klinik bacaannya normal. Doktor di klinik bertanya guna mesin yang mana, manual atau digital? Ditempat kerja menggunakan mesin digital, doktor maklumkan mungkin tak accurate sebab jauh beza bila menggunakan mesin pam/manual (sphygmomanometer + stetoskop) di klinik.

Jika semalam doktor mengambil tekanan darah aku, ye memang patut tinggi sebab semalam aku tengah marah dan sedih tapi hari ni aku tengah migrain jadi mungkin itu yang menyebabkan tekanan darah aku naik.
[Perbezaan bacaan tekanan darah aku di tempat kerja dan di klinik]
  • HijauNormal
  • Kuning Elevated
  • Oren High Blood Pressure (Hypertension Stage 1)
  • Merah High Blood Pressure (Hypertension Stage 2)
  • Merah gelapHypertensive Crisis (consult your doctor)
Maksudnya, bacaan ni bukan berbahaya tapi perlu dipantau. Kalau kerap dapat bacaan macam ni, doktor mungkin anggap ia sebagai pra-hipertensi / hipertensi tahap awal.


TIPS MUDAH:
  • Elakkan terlalu banyak garam dan makanan proses.
  • Jaga berat badan dan aktif bergerak.
  • Kurangkan kafein dan kawal stress.

Doktor sahkan memang perlu berehat, lalu diberikan cuti sakit untuk hari Rabu. Lega juga, sekurang-kurangnya boleh lepaskan badan dari rutin kerja sehari. Sampai di rumah, aku terus makan dan berehat sekejap sebelum menelan ubat bagi meredakan sakit kepala yang belum membaik.

- bersemut -

Terima kasih en. Hubby melayan kerenah MakBudak. Sanggup datang dari jauh ambil di tempat kerja dan bawa terus ke klinik. MakBudak bila meragam tak boleh bawa bincang - layankan aje. Macam dak Nuha bagitahu.. 'Babah cakap kat kawan babah.. Aku tak takut bini tapi bini yang menakutkan'. Dalam sweet bersemut sempat mengata aku.

Kadang-kadang badan ni memang perlukan rehat, biarpun kita rasa masih mampu bertahan. Hari ini jadi peringatan kecil untuk aku, bahawa kesihatan tetap perlu diutamakan sebelum yang lain
Tak semua sakit itu jelas kelihatan di mata orang lain. Migrain datang secara senyap tapi cukup kuat melemahkan badan dan fikiran. Hari ini aku belajar untuk lebih menghargai rehat kerana kadangkala diam itulah yang paling banyak mengajar kita tentang erti tenang.

Esok..
InsyaAllah dengan izin-Nya, semoga lebih bertenaga untuk terus melangkah.

@RemajaPurba: ..

Monday, September 22, 2025

BELAJAR MELEPASKAN


22 September 2025 - Isnin (29 Rabiulawal 1447H)
 
- Kerana setiap yang kita lepaskan, membuka ruang untuk sesuatu yang lebih indah hadir -

Melepaskan sesuatu yang kita sayang memang perit tapi dalam hidup, kadang-kadang kita perlu berkorban, membuat rombakan dan berani melangkah ke arah perubahan. Hanya dengan cara itu perjalanan hidup kita benar-benar akan berubah.

Kenangan tetap akan jadi kenangan, namun kita juga berhak mencipta kenangan yang lebih indah. Apa yang sudah berlalu, biarlah ia berlalu. Sama seperti bunga api — bila dinyalakan, ia meletup indah di langit. Jika dibakar dekat-dekat, percikannya menyakitkan tetapi bila diletakkan jauh, kita dapat menikmati keindahannya, malah orang lain turut merasai moment itu.

Begitulah hidup — yang sudah lepas, biarlah pergi. Kita cipta kenangan baru, membina moment baru. Jangan takut melepaskan kerana di hadapan sana ada cerita baru yang sedang menanti untuk kita tulis.

@RemajaPurba: ..

Sunday, September 21, 2025

SAMBUTAN BIRTHDAY - MAKAN di SATAY BONDA


Kisah Birthday Girl dari [SINI]

20 September 2025 - Sabtu (27 Rabiulawal 1447H)

Selepas seminggu dak Adik balik bercuti, tibalah masanya untuk dia kembali ke selatan menyambung pengajian. Kali ni rasa macam cepat sangat masa berlalu. Belum puas lagi duduk ramai-ramai di rumah, dah kena hantar semula. Kebetulan pula hari ini jatuh tarikh lahir Kakak, jadi aku cadangkan supaya sambut birthday di sana sekali. Kami pun sengaja tak makan berat sebelum memulakan perjalanan sebab memang rancang nak makan setibanya di selatan.

Perjalanan pergi - jalan agak sesak, kenderaan banyak. Tambah pula kali ini aku yang jadi pemandu. Rasa berdebar pun ada sebab dah lebih sebulan tak pegang stereng. Sekali bila dapat pandu, terus long distance pula. Dalam hati doa semoga semuanya dipermudahkanNYA.

Sampai saja di selatan, singgah sekejap di sebuah pasaraya membeli sedikit keperluan Adik. Lepas itu, kami terus menuju ke tempat yang dirancang tanpa pengetahuan dak Kakak.

Kali kedua aku menjamu selera di SATAY BONDA..
Kali pertama di [SINI]..

Alhamdulillah, setibanya kami di sana sudah ada beberapa pelanggan yang sedang menikmati hidangan. Anak-anak pula senyap tanpa banyak bicara — mereka memang sukakan tempat yang tak terlalu ramai orang dan tidak bising Aku pula rasa tak sabar nak menikmati apa yang sudah lama terbayang dalam kepala.

Satay daging dan kambing menjadi pilihan

Waktu kami sampai, ada satay daging, ayam, kambing dan perut tapi kali aku pilih satay daging dan kambing je, Selain satay yang jadi menu utama, ada juga menu goreng-gorengan disediakan sebagai pilihan tambahan.

Nasi goreng ayam
Tiada dalam gambar nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya dan nasi lemak


Birthday Girl

Walaupun hanya sederhana, yang penting dapat diraikan bersama-sama. Tanpa kek sepeti kebiasaan, kali ni kami bawa dak Kakak makan di Satay Bonda. Barulah lengkap kami satu family. Bahagia melihat anak-anak dapat makan bersama. Selesai makan, lepas hantar dak Adik, kami terus bergerak balik kerana en. Hubby ada urusan lain.

'Mehler Singgah'

SATAY BONDA
Tempahan dan Pertanyaan: 018 - 366 8538
Buka: Rabu hingga Ahmad
Tutup: Isnin dan Selasa


Kadang-kadang, kebahagiaan itu bukan terletak pada besar atau mewahnya sambutan tapi pada moment kecil yang dikongsi dengan orang tersayang. Itulah yang akan jadi kenangan paling indah bila dikenang semula nanti.

@RemajaPurba: ..

Saturday, September 20, 2025

SEPTEMBER - BULAN KELAHIRAN DAK KAKAK


20 September 2025 - Sabtu (27 Rabiulawal 1447H)

'Langkahmu adalah harapan, doaku jadi pelindungmu'

Setiap kali tarikh ini tiba, hati seorang ibu menjadi sebak. Terasa sekejap benar masa berlalu — dari seorang bayi kecil dalam dakapan, kini sedang mengenali dunia luar.

Alhamdulillah..
Cinta hati aku dan en. Hubby – anak sulung yang dari kecil hingga kini, kau membesar di depan mata dengan seribu satu kisah yang penuh warna.

Doa ibu dan babah tidak pernah putus untukmu. Moga Allah sentiasa melindungi langkahmu, melimpahkan rezeki dan mempermudahkan perjalananmu dalam menamatkan pengajian di universiti. Aku yakin masa depanmu Kakak akan bersinar jika kamu terus berusaha dengan sabar dan tekun.

Sebagai anak sulung, harapan kami semoga dak Kakak menjadi contoh terbaik buat dak Adik dan dak Nuha. Jadilah seorang yang penuh tanggungjawab dan sentiasa menjaga maruah diri. Ingatlah, doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu walau di mana pun kamu berada.

Selamat hari lahir buatnya Umairah a.k,a dak Kakak. Teruslah menjadi kebanggaan kami, Doa ibu dan babah sentiasa mengiringimu – setiap waktu.

Selamat Hari Lahir Kakak..
Happy Birthday to You..

@RemajaPurba: - 20092025 -

Friday, September 19, 2025

MAKLUMAT YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENDAFTAR UNTUK MENDERMA DARAH


15 September 2025 - Isnin (22 Rabiulawal 1447H)

Menderma darah merupakan satu amalan mulia yang bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa, malah memberi manfaat kepada kesihatan penderma itu sendiri. Namun, sebelum mendaftar sebagai penderma, terdapat beberapa maklumat asas yang perlu difahami agar proses pendermaan berjalan lancar dan selamat. Mengetahui syarat kelayakan, persediaan sebelum menderma serta aspek kesihatan yang perlu dipenuhi adalah penting supaya setiap titisan darah yang didermakan benar-benar memberi kebaikan kepada penerima.


Anda dilarang untuk menderma darah sekiranya anda PERNAH TERLIBAT, walaupun sekali di dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:
  • Bertukar-tukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang.
  • Melanggani pekerja seks/pelacur.
  • Mengamalkan hubungan sejenis (homoseksual).
  • Mengamalkan hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (Bisexual).
  • Mengambil dadah secara perkongsian jarum suntikan.


KRITERIA UNTUK MENDERMA DARAH
KRITERIA ASAS YANG MELAYAKKAN SESEORANG MENJADI PENDERMA DARAH:
    • Sihat.
    • Berumur 18 - 65 tahun (jika berumur 17 tahun, mendapat kebeneran bertulis daripada ibubapa atau penjaga).
    • Berat badan 45 kg atau lebih.
    • Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5g.

KRITERIA LAIN:
    • Tidak minum minuman beralkohol hingga memabukkan dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
    • Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik dalam masa dua minggu sebelum menderma darah.
    • Tidak menerima sebarang vaksinasi dalam masa dua minggu sebelum menderma darah.
    • Tidur sekurang-kurangnya lima jam.
    • Tidak hamil.
    • Boleh menderma darah selepas tiga hari haid.
    • Tidak menyusukan anak dengan susu ibu.
    • Menetapkan di Malaysia sekurang-kurangnya satu tahun (bagi bukan warganegara Malaysia).


Anda tidak boleh menderma darah pada hari pendermaan darah atau untuk SEMENTARA WAKTU sahaja, sekiranya anda:
    • Demam,
    • Minum minuman beralkohol hingga memabukkan dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
    • Mengambil sebarang ubat antibiotik dalam masa dua minggu sebelum menderma darah.
    • Telah menerima sebarang vaksinasi dalam masa tiga minggu sebelum menderma darah.
    • Tidur kurang dari lima jam.
    • Hamil dan Datang haid (1 - 3 hari).
    • Menyusukan anak dengan susu ibu.
    • Telah menjalani pembedahan dalam masa enam bulan sebelum menderma darah.
    • Telah menerima rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah.
    • Telah menindik telinga, bertatu atau akupuntur dan berbekam darah dalam masa enam bulan sebelum menderma darah.
    • Menetap di Malaysia kurang dari satu tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Anda perlu MENGECUALIKAN DIRI anda daripada menderma darah sekiranya anda menghadapi:
    • Tekanan Darah Tinggi yang tidak stabil.
    • Penyakit Diabetes (Kencing Manis) yang mengambil rawatan penyakit kencing manis secara insulin dan turut menghidap penyakit kronik lain.
    • Penyakit Asma / Lelah yang bergantung kepada rawatan steroid.
    • Penyakit Jantung.
    • Penyakit Sawan (Epilepsi).
    • Penyakit Tibi.
    • Penyakit Berjangkit (Contoh: Siflis, Hepatitis dan HIV)

Anda juga TIDAK BOLEH menderma darah sekiranya:
    • Pernah menetap di United Kingdom (England, Northern Ireland, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man, Channel Island) atau di Republik Ireland di antara 1 Januari 1980 hingga 31 Disember 1996).
    • Pernah menetap di negara-negara Eropah (Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, German, Greece, Holland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Norway, Portugal, Spain, Sweden dan Switzerland) dari tahun 1980 hingga 31 sekarang untuk tempoh terkumpul enam tahun atau lebih.
    • Pernah menerima transfusi darah atau suntikan darah atau komponen darah semasa di United Kingdom dari tahun 1980 hingga sekarang.
Setitis darah anda mungkin menjadi peluang kedua untuk seseorang terus hidup

Menderma darah bukan sahaja satu bentuk keprihatinan tetapi juga tanggungjawab sosial yang membawa manfaat besar kepada orang lain. Dengan persediaan yang betul dan maklumat yang jelas, setiap pendermaan anda mampu menjadi harapan baharu buat mereka yang memerlukan.

Aku..?
Atas saranan doktor, buat sementara aku tidak dibenarkan untuk menderma darah atas faktor kesihatan. 

#RemajaPurba: 

Thursday, September 18, 2025

#Ceramah - KERJA SEBAGAI SATU IBADAH


Kenapa seluruh hidup ini dikatakan ibadat? 
Apa saja yang kita buat – kerja, belajar, tolong orang, jaga keluarga malah berehat sekali pun – boleh jadi pahala bila diniatkan kerana Allah dan ikut cara yang betul. Hidup kita sebenarnya boleh jadi ladang ibadat, bukan hanya terbatas pada solat atau puasa semata-mata. Inilah luasnya rahmat Allah – seluruh perjalanan hidup kita boleh menjadi bekalan akhirat, selagi kita menjaga niat dan menepati perintahNYA.

Kenapa dikatakan seluruh kehidupan ini sebagai ibadat?
Surah Az-Zāriyāt ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya:
'Dan ingatlah.. tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku'.


IBADAH TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN:
  • IBADAH ASAS
    Merujuk kepada hubungan langsung antara hamba dengan Allah – meliputi kepatuhan terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam.

  • IBADAH SUNAT
    Amalan tambahan yang apabila dilakukan akan mendatangkan kasih sayang Allah – Ia ibarat markah bonus untuk menyempurnakan ibadah asas kita.

  • IBADAH UMUM
    Segala urusan kehidupan harian, daripada perkara kecil hinggalah sebesar-besarnya – melibatkan hubungan sesama manusia dengan niat kerana Allah.


LIMA SYARAT AGAR KERJA MENJADI IBADAH:
  • Niat kerana Allah s.w.t
    Setiap amalan akan dinilai berdasarkan niatnya.

  • Pastiikan kerja itu halal dan tiada unsur haram
    Jauhkan diri daripada perkara haram. Paling rugi di akhirat ialah mereka yang mendapat rezeki haram hingga menjerumuskan diri ke neraka.

  • Mematuhi syarat dan peraturanNYA
    Ikut syarat Allah dan juga peraturan manusia. Allah sukakan hamba yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam bekerja.

  • Tidak meninggalkan ibadah asas dan segala perintahNYA
    Solat dan perintah Allah yang lain jangan ditinggalkan. Ia memberi kekuatan jiwa dan kelapangan fikiran untuk kita jalankan urusan kerja dengan lebih berkesan.
  • Bersyukur kepadaNYA di atas kejayaan
    Bukan sekadar menyebut Alhamdulillah tetapi cara paling efektif adalah back to basic —  taat segala suruhanNYA dan menjauhi laranganNYA.


KESAN APABILA KERJA DIJAGA SEBAGAI IBADAH:
  • Lahir Tamadun Rohani
    Akan lahir insan yang berakhlak mulia, berperibadi tinggi dan dekat dengan Allah.

  • Lahir Tamadun Material
    Individu, syarikat dan masyarakat akan mencapai kemajuan serta pembangunan yang seimbang.


KESIMPULAN:
Bila kerja dilakukan dengan niat kerana Allah, ia bukan sekadar memberi hasil di dunia tetapi juga menjadi bekalan untuk akhirat.

Moga bermanfaat.

@RemajaPurba: - ceramah oleh wakil dari YaPIEM (2011) -

Wednesday, September 17, 2025

BUKAN SELUDUP MINYAK


17 September 2025 - Rabu (24 Rabiulawal 1447H)

Aku beli dua botol minyak masak jenama SAJI dari kawan di tempat kerja..
Ini bukan seludup minyak.. 

Kadang-kadang kita rasa nak sediakan stok supaya hati tenang tapi sebenarnya cukuplah sekadar berpada-pada. Rezeki ni., kalau kita pandai urus, InsyaAllah takkan putus.

@RemajaPurba: ..

Tuesday, September 16, 2025

IKLAN - RUKUN NEGARA MALAYSIA


16 September 2025 - Selasa (23 Rabiulawal 1447H)

Maksud Rukun Negara
Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ia digubal untuk membentuk perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara dengan menjadi panduan hidup rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya.


RUKUNEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA 
mendukung cita-cita hendak

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

==============================================

Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia daripada PETRONAS |
Marilah kita berpegang teguh kepada janji yang menyatukan kita demi keharmonian dan perpaduan dalam menuju kemajuan bersama. ​
Sumber dari Arkib Negara / Edaran Rukun Negara di [SINI]

==============================================

- video penuh -


Sumber dari [SINI]
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA DAN MAKNANYA:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
    Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.
    Agama-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    Setiap warganegara hendaklah taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB YDPA.
    Di negeri, rakyat dikehendaki taat setia kepada raya yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada SPB YDPA.

  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
    Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah.

  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    Menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.
    Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan.

  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selara dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelabagai kaum di negara ini.

DAN..
Disebalik buku tulis murid dan pelajar sekolah, ada catatan mengenai RUKUN NEGARA yang kita baca setiap kali perhimpunan di sekolah.



Percayalah, setiap kali ikrar Rukun Negara kita baca, pasti terbit rasa sebak dan bangga dalam hati. Ia bukan sekadar lafaz tapi satu peringatan bahawa kita semua berkongsi tanggungjawab menjaga keharmonian dan menyemai kasih pada tanah air tercinta. Marilah sama-sama kita hayati, fahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

@RemajaPurba: - Selamat menyambut Hari Malaysia 16092025 -

Sunday, September 14, 2025

HARI MALAYSIA + SARA one-off


14 September 2025 - Ahad (21 Rabiulawal 1447H)

Esok..
15 September 2025 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2025 (Selasa). Pengumuman ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan terhadap semangat perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

- Sumber en. Google -

Kebetulan jatuh pada awal cuti sekolah, memang terasa bahagia bila dapat luangkan masa bersama keluarga. Cuti tambahan seperti ini pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berehat di rumah dan recharge tenaga. Masalah kerja letak tepi dulu, tak payah fikir pasal apa yang menunggu bila masuk kerja nanti. Asalkan tak ada yang kacau, rasa syukur sangat dapat nikmati masa tenang macam ni.


Bertambah rasa syukur apabila kerajaan mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025 lalu. Inisiatif ini mencatat sejarah baharu dalam bentuk bantuan tunai yang bersifat menyeluruh.

Bila difikirkan semula, nilai RM100 mungkin nampak kecil pada mata kasar tetapi cukup besar maknanya bila diberi kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Ia tanda prihatin kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Alhamdulillah,, syukur.


Aku..?
Masih belum menggunakannya lagi. Lagipun, tempohnya masih panjang kerana tarikh akhir penebusan pada 31 Disember 2025.

@RemajaPurba: ..

Saturday, September 13, 2025

LEMANG + RENDANG AYAM PENCEN


12 September 2025 - Jumaat (19 Rabiulawal 1447H)

Sambungan dari [SINI]

Malam..
Ada sesi membakar lemang dan memasak rendang ayam pencen. Bukan di rumah kami tapi en. Hubby ke rumah kawannya untuk bantu. Kata en. Hubby, deme saja nak buat makan-makan.

Bila tinggal di kawasan kampung ni, daun pisang paling mudah dicari

Buluh lemang pun senang, order je., tahu-tahu sampai..

Tempat bakar lemang ni, deme ambil dari rumah kami

Tukang masak, tukang jaga api - en. Hubby

Lembut dan 'sungguh enak dimakan begitu saja..'

Rendang ayam pencen

Lemang #chefHubby

Kombinasi yang menarik

Tak perlu tunggu raya, bila rasa teringin nak makan, tak perlu beli  kita bakar je..

@RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...