Followers Remaja Purba

Friday, October 3, 2025

IF YOU LOVE TWO PEOPLE AT THE SAME TIME, CHOOSE THE SECOND BECAUSE..


- This happened to someone quite a long time ago -

'Aku takkan lepaskan kau..' 
Ungkapan itu telah menjadikan seorang isteri itu digantung tidak bertali. Isteri pertama bukan untuk digantung tak bertali, dia berhak untuk dilepaskan dengan cara terhormat, pulangkan secara baik.

Bila seorang suami memilih untuk berkahwin lagi, mengapa isteri pertama tidak dilepaskan dengan baik, sedangkan suami tidak mampu berlaku adil? Malah nafkah yang wajib pun sudah lama tidak ditunaikan. ADIL itu bukan sekadar janji, nafkah itu bukan sekadar kata  ia adalah amanah yang akan ditanya.

Apalah gunanya isteri kedua bahagia tetapi isteri pertama derita? Itu tetap tidak adil. Jangan sampai cinta dijadikan alasan, sedangkan tanggungjawab sendiri kau tak berjaya sempurnakan. Bahagia seorang isteri tidak seharusnya dibayar dengan derita isteri yang lain. Cinta itu indah bila disertai tanggungjawab tetapi akan menjadi luka bila amanah diabaikan.


di [SINI]
 

'If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second'
- Johnny Depp -


Ingatlah, perkahwinan itu amanah. Jika amanah diabaikan dan isteri pertama dipinggirkan, segala alasan tidak akan mampu menyelamatkan diri di hadapan Allah kelak.
Poligami itu bukan masalah, yang jadi masalah bila kau sendiri tidak mampu berlaku adil.

Disclaimer:
Setiap tulisan ada cerita, setiap cerita ada pengajaran. Ini bukan cerminan diri aku. Jika kau terasa, mungkin kerana ia terlalu dekat dengan kenyataan.

@RemajaPurba: Mak..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...