20 September 2025 - Sabtu (27 Rabiulawal 1447H)
Setiap kali tarikh ini tiba, hati seorang ibu menjadi sebak. Terasa sekejap benar masa berlalu — dari seorang bayi kecil dalam dakapan, kini sedang mengenali dunia luar.
@RemajaPurba: - 20092025 -
'Langkahmu adalah harapan, doaku jadi pelindungmu'
Setiap kali tarikh ini tiba, hati seorang ibu menjadi sebak. Terasa sekejap benar masa berlalu — dari seorang bayi kecil dalam dakapan, kini sedang mengenali dunia luar.
Alhamdulillah..
Cinta hati aku dan en. Hubby – anak sulung yang dari kecil hingga kini, kau membesar di depan mata dengan seribu satu kisah yang penuh warna.
Doa ibu dan babah tidak pernah putus untukmu. Moga Allah sentiasa melindungi langkahmu, melimpahkan rezeki dan mempermudahkan perjalananmu dalam menamatkan pengajian di universiti. Aku yakin masa depanmu Kakak akan bersinar jika kamu terus berusaha dengan sabar dan tekun.
Sebagai anak sulung, harapan kami semoga dak Kakak menjadi contoh terbaik buat dak Adik dan dak Nuha. Jadilah seorang yang penuh tanggungjawab dan sentiasa menjaga maruah diri. Ingatlah, doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu walau di mana pun kamu berada.
Selamat hari lahir buatnya Umairah a.k,a dak Kakak. Teruslah menjadi kebanggaan kami, Doa ibu dan babah sentiasa mengiringimu – setiap waktu.
Selamat Hari Lahir Kakak..
Happy Birthday to You..
@RemajaPurba: - 20092025 -
No comments:
Post a Comment