15 Julai 2025 - Selasa (19 Muharram 1447H)
Tak semua hari bermula dengan semangat membara. Ada hari yang perlahan. Mata masih berat, kepala tak sepenuhnya bangun, hati perlukan sesuatu yang menyegarkan — walaupun cuma sekejap. Dan pagi macam ni, aku tak paksa diri untuk jadi luar biasa. Aku cuma pilih untuk mula perlahan-lahan.
Kita selalu sibuk kejar macam-macam sampai lupa dengar diri sendiri. Padahal kadang, satu minit pun dah cukup untuk tarik nafas — untuk rasa 'aku okay'.
Mood hari ini ini?
Nak cool je. Perlahan. Steady. Tak nak serabut-serabut. Macam masuk gear neutral — tarik nafas, senyum sikit, layan hari ini ikut rentak sendiri. Tak laju, tak perlahan. Cukup sekadar bergerak dan sebelum kerja mula kacau kepala — ini untuk diri aku sendiri dan mungkin untuk kamu juga..
SATU NAFAS PANJANG
Tarik nafas dalam-dalam.. tahan.. lepas perlahan-lahan.
Bisik dalam hati 'Hari ini aku pilih tenang'.SATU AYAT SEMANGAT
Tak semua hari aku kena jadi luar biasa.
'Cukup hari ini aku baik dengan diri sendiri'.
SATU DOA PERLINDUNGAN
'Ya!Allah.. mudahkanlah urusan aku hari ini. Lindungi aku dari tekanan. Tenangkanlah hatiku.. Aamiin..'
Bila hari bermula perlahan, jangan paksa ia jadi laju — kadang tenang itu yang paling perlu.
@RemajaPurba: Tak cukup tidur sebenarnya..
biarlah kita menjadi seperti kura-kura, lambat asal selamat.
ReplyDeleteJiwa yang tenang itu penting baru dapat selesaikan sesuatu dengan baik :)
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga dipermudah kan semua urusan nya.
ReplyDeleteAda hari rasa produktif, ada hari yang rasa lemah semangat. Apa2 pun semoga yang baik2 je untuk kita setiap hari.
ReplyDeleteSepakat Mbak, yang penting buat diri kita tenang dahulu sebelum melaju.
ReplyDeleteSalam,
biarlah perlahan takpe asalkan hidup tenang
ReplyDeleteTenang2 kita walaupun kadang2 serabut...Moga dipermudahkan urusan kita semua...
ReplyDeleteKita slow and steady je. Semoga Allah permudah segala urusan harian kita.
ReplyDeletekalau dapat boss yang tenang bolehlah kita ni pun mulakan hari dengan tenang. dapat yg baru 10 minit dia bagi tugasan, minit berikutnya dah tanya "dah siap?".... ko ingat aku robot ke apa?
ReplyDelete