Followers Remaja Purba

Thursday, July 17, 2025

KENAPA BUKAN DIRI SENDIRI?


17 Julai 2025 - Khamis (21 Muharram 1447H)

Update Blog
Siapakah tiga orang yang paling kau sayang?

Soalan tu kedengaran senang je. Otak terus ligat berfikir dan pantas memberikan jawapan.
'Mak, ayah, anak'. 'Hubby, adik, kawan baik'. Jawapan macam tu biasa takde salah pun tapi pernah tak kita fikir — kenapa nama sendiri tak termasuk dalam senarai itu?

Mungkin sebab kita rasa belum cukup baik atau takut dikata pentingkan diri. Sedangkan hakikatnya, sayang diri sendiri itu bukan bermaksud kita lupakan orang lain. Ia cuma tanda kita sedar — diri kita pun ada nilai, ada hak untuk disayangi. Bila kita sayang diri sendiri, kita mula jaga emosi. Kita tahu bila nak berehat. Kita berani kata 'tidak' bila perlu. Kita tahu had dan kita tak lagi salahkan diri untuk semua perkara.

Jadi.. lain kali bila ada yang bertanya, cuba jawab.. 'Mak, ayah dan aku sendiri' sebab — diri kamu pun layak masuk dalam senarai tu.

Diri sendiri jangan dilupa, kerana yang menanggung luka — dia juga..

@RemajaPurba: Letih sangat hari ni..

6 comments:

  1. Kena fahamkan soalan
    Orang di sekeliling kita maksudnya tak termasuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wak perbetulkan pada ayat pertama, telah diperbaiki [yang bertulisan merah].

      Delete
  2. aahkan...jarang kita nak sebut "diri sendiri"

    ReplyDelete
  3. Betul, diri sendiri & allah swt yang selalu disisi bila kala kita dalam keresahan

    ReplyDelete
  4. Betul tu bila ditanya soalan macam tu memang selalu la lupa senaraikan diri sendiri. Padahal kita kena sayang diri kita dulu kan.

    ReplyDelete
  5. Ya betul tu sayang diri kita dulu baru orang lain

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...