Followers Remaja Purba

Tuesday, June 3, 2025

PERGI KLINIK KENA SCAM - DEMAM TERUS KEBAH


01 Jun 2025 - Sabtu (5 Zulhijjah 1446H)

Kena scam dengan orang
Kena scam dengan diri sendiri [your body betrayed you]


Penyakit pun tahu takut dengan doktor..
  • Bila di rumah, badan macam boleh masak telur dia punya panas tapi bila sampai klinik.. lah..
  • Batuk macam nak terkeluar anak tekak, tapi bila di klinik, nak batuk pun segan?
  • Sakit kepala migrain punyalah teruk, tapi bila di klinik, rasa sakit tu ada tapi tak seteruk waktu di rumah.
  • Badan ni macam ada agenda sendiri. Di rumah punyalah teruk tapi bila sampai klinik terus jadi sihat macam atlet Olimpik.
  • Bila doktor ada tanya makan ubat tak? Ada.. makan paracetamol, kalau tak, macam mana nak pandu kereta datang klinik.
  • Penyakit pun tahu takut dengan doktor, takut kena cucuklah tu.. auto kebah badan jadinya.

Aku..?
Akhirnya, hari ketiga terpaksa menyerah kalah, bukan kerana tak mampu nak melawan rasa tak sihat ni tapi memikirkan macam mana nak kerja jika kesihatan masih belum pulih. Bila dah masuk kategori Remaja Purba ni, nak buat perkara gila pun kena fikir pro and con nya dulu. Dulu sakit walau nak tumbang pun, kerja masih kuat lagi tapi sekarang jangan cari pasal. Tak mahu aku tidur di katil hospital lagi seperti di [SINI]. 


Hari ini.. 
03 Jun 2025 - Selasa (7 Zulhijjah 1446H)

Selagi kita ni sihat, majikan kita akan jaga dan hargai kita tetapi bila kesihatan kita dah tak baik, kerap sakit, di situ kita boleh lihat majikan kita macam mana. Tak semua majikan ni nak ambil berat tentang kita.

Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan, badan masih lagi belum cukup kuat untuk meneruskan khidmat bakti di tempat kerja. Esok dah ok, kerja sebaik mungkin, kerja serajin mungkin.

@RemajaPurba: Moga cepat sembuh hendakNYA..

6 comments:

  1. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  2. betul tu...bila dekat klinik. hilang semua sakit2...nak utarakan nak minta MC pun segan, melainkan kalau doktor yang tanya..
    kalau tak dapat juga MC, memang amik cuti je lah

    ReplyDelete
  3. betul tu bila berganjak usia remajaaaaa ni, kita kena sayang diri kita lebihhhhh lagi.. sbb cmpany syg kita time kita sihat aje.. moga cpt sihat semula sis aminnnnn

    ReplyDelete
  4. Teringat masa anak2 kecik dulu. Lepas jumpa doc terus sihat tak demam dah. Melayang duit ubat tapi tak makan pun dah baik. Hihi

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh ... sintom mcm ni biasa jdi kan anaka-anak bila sakit.. bawa pi klinik terus sihat hahhaha

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...