Followers Remaja Purba

Monday, November 7, 2016

Faktor kurangnya rehat + aktif bersukan


12 Hari dah berlalu..
Kes aku pengsan di tempat kerja hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital.

Kenapa jadi macam tu..?

Sebelum ni.. umum mengetahui aku mengamalkan diet dalam pemakanan harian dan bukan baru sebulan dua tapi sejak tahun lepas lagi. Namun apa yang berlaku kali ni disebabkan faktor kurangnya rehat + aktif bersukan (tak beringat - kononnya diri kuat).. hingga menimbulkan isu panik dan risau banyak pihak.


Episod tersebut bermula apabila..
Pada hari kejadian, dari pagi aku terasa macam nak pitam, nak muntah dan seolah-olah oksigen tak sampai dekat otak (4 kali aku kena serangan tersebut sebenarnya). Sebelum ni aku tak pernah alami situasi macam tu, memburukkan lagi keadaan akhirnya aku tumbang tak sedarkan diri.

Kejadian berlaku waktu aku nak balik kerja dan Alhamdulillah syukur kepadaNYA kejadian tidak berlaku waktu tengah memandu. Lebih setengah jam aku tidak sedarkan diri. Dalam keadaan mamai, terkejut tengok kenapa ramai mengelilingi aku. Malu usah cakaplah.. tambahan pulak tak pernah berlaku dalam sejarah hidup aku.. 

Dari penceritaan semula oleh rakan-rakan di tempat kerja, memang masing-masing panik, takut dan kelam-kabut dengan keadaan aku waktu tersebut. Siapa tak takut, tambah-tambah lagi hingga kena kejarkan ke hospital.. 

Sebahagian Gambar Kecemasan..
 
 
Aku tak ingat aku jawab panggilan siapa masa ni.. masih dalam keadaan mamai..
 
 
Biasa tengok, kali ni sendiri merasa naik ambulance..


En. Hubby yang jauh sampai dulu..
Entah berapa laju beliau pandu ke hospital agaknya..
Nampaklah muka cuak dan risau beliau tu..

 
Mamai..


Merasalah tidur semalaman di Wad Pemulihan Trauma dan Kecemasan..
Terima kasih pada nenek dan atok sedara yang jaga anak-anak di rumah..


 Tulang je takde isi..

 Petang.. selepas keluar dari hospital..
Menemankan en. Hubby makan..

 Dua hari selepas kejadian.. ambil suntikan tahan sakit sebab sakit pinggang teruk..


Pengajaran disebalik peristiwa..
Sepanjang minggu ni baik waktu sarapan pagi mahupun makan tengahari, dah ada skuad pemantau yang akan memantau tak bagi aku skip meals. No diet please..!!

Bak kata en. Hubby..
'G la makan.. Tapi kalau nak Naik ambulance x yah la makan..'

Kesan ke atas diri aku..??
Kesan jangka pendek: Perut aku dah muncit 😢😢😢
Kesan jangka panjang: Jagalah kesihatan ye Mak Budak.. jangan buat orang lain risau lagi..


11 comments:

  1. Nasib baik tak jadi ppa sis 😓 take care sis
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hebatnya aiza, sakit-sakit pun masih boleh update blog.. tabik spring la cam ni!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kite memang perlu rehat. So kalau tido lama-lama tu sampai 12 jam sehari tak salah. Hehehe

    ReplyDelete
  4. X yah la diet2 sangat.. dah kurus sangat dah..maintain je..

    ReplyDelete
  5. Meal penting untuk badan cuma jenis2 makanan dan jumlah sahaja kita kena pantau. Dlm situasi aiza, memang kena ambik carbo lebih sikit...takpe as long as aiza gunakan semula on your sport activity. Masa aiza pitam tu might be your suger level rendah sangat.

    Ingat our body needs nutrition 80% + exercise 20% barulah menjadi 100% healthy lifestyle.

    Makan ye aiza :)

    ReplyDelete
  6. Kesian mujur takde pape.
    Kalau berdiet pun breakfast tetap perlu ambil jangan skip.

    ReplyDelete
  7. jgn ulang lagi kak, jgn bt hubby akak risau sian dia... sian anak2 akak...
    akak dh cantik sihat seadanya...

    ReplyDelete
  8. nak cantik la ni kan ...
    jgn sbb nak cantik memudaratkan diri ....

    mcm ade sorg staf kat opis lama aku dulu mcm ni la... diet atkins konon ...mkn telur sehari sebijik je .. lain tak mkn ... gile ....pastu sejuk joging la senam sana sini ..pastu pitam ... klu tgk muka creepy gile ... pucat cengkung and no blood mouth area ... so pale ... tapi dia rasa lawa ... lantak la hahaha

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...