25 Mei 2025 - Ahad (27 Zulkaedah 1446H)
Jasmine.. oooo.. Jasmine..
Bila hadirnya dak Jasmine dalam kehidupan kami, terasa seperti ada anak kecil yang perlu diuruskan setiap hari. Kisah awal kemunculan dak Jasmine dalam hidup kami di [SINI].
Dak Jasmine ni, bila ia lapar je barulah nak bermanja dengan aku tapi bila dah kenyang, aku panggil pun tak menyahut. Setakat ni ia tak berani lagi keluar rumah. Terkebil-kebil disebalik pintu melihat kucing yang datang makan di depan rumah.
Kami tak pernah kurung, dak Jasmine bebas bergerak dalam rumah tapi sesekali aku sengaja menyakat dengan mengurungnya.
Jangan diletak cawan berisi air di atas lantai, ia pun nak join minum sekali
Budak tak pernah kenal dunia luar.
Ada beberapa kali kami bawa ia berjalan.
Bagi ia nampak dunia luar dan merasai bisingnya di luar berbanding di dalam rumah.
Ada masa dak Jasmine takut sampai menyorok belakang kerusi.
Bila dah penat bermain, merata tempat ia tidur.
Tak pernah nak tidur di tempat yang kami sediakan.
Baru lima bulan usianya. 'Kau ni makin besar, asyik makan je..' bebel dak Nuha. Mana taknya, asal ia mengiow je diberi makan. Paling syahdu bila en. Hubby bagi makan walau dah lewat malam. 'Jasmine lapar, abang bagilah ia makan. Abang bagi sikit je, bukan banyak pun'. Bebel jugaklah aku, sebab dak Jasmine mesti tak habis makan sebab selalunya en. Hubby terlebih bagi. Geram je rasa..
Tak lama lagi cuti Hari Raya Aidiladha. Ketika aku masih berkira-kira, hotel penginapan dak Jasmine mesej aku sekiranya nak buat tempahan awal. Bagusnya deme ingatkan aku, bukan setakat itu je, tarikh untuk grooming pun deme ingatkan. Tapi yang tak bestnya, aliran duit keluar laju je bila melibatkan anak bongsu berkaki empat ni.
Apa-apapun, moga rutin harian aku dan family dipermudahkanNYA. Bila ada anak kecil ni, nak berjalan jauh pun fikir banyak kali.
@RemajaPurba: ...
Comelnya dia…
ReplyDeleteNanti raya kiranya pertama kali Jasmine kena duduk hotel? Harap Jasmine dapat sesuaikan diri.
Suami saya pun jenis bagi makan banyak. Katanya saya mami yang kedekut, bagi anak bulu makan bercatu. Yelah, kita takmo anak bulu obes atau makanan terbiar berlebih.
Ikutkan ni kali kedua dak Jasmine kena duduk di hotel.
DeleteBetul, kita tak bagi banyak2 sebab tak nak ia obes + tak nak makanan terbiar, nanti bersemut tapi babah budak degil amat.
Amboiiii...nama dia macam artis la....
ReplyDeleteAsalnya nak letak nama Markonah tapi nama tu kami dah bagi dekat anjing yang selalu datang mencari makanan kat belakang rumah
Deletememang besar belanja kalau nak bela binatang di bandar nie..kalau kat kampung, lepas je...hihihi
ReplyDeleteKalau kat kampung, tak merasa nak dok hotel + grooming bagai. Kita pun baru je ada anak kucing indoor ni. Kekok semuanya.
Deletemesti setiap hari dak jasmine mendoakan akak sekeluarga sbb tak pnh biar dia berlapar hehe
ReplyDeleteInsyaAllah.. Aamiin..
DeleteAdiik beradik Cie semua ada cat kat rumah. Cie sorang je takde sebab takut. Hihi. Anak2 pun takut. Jadi memang takdela nak membela pet.
ReplyDeleteBetul.. bukan semuanya berani.
DeleteAdoi mak bulu dia! Meh uncle tolong sikat kan!
ReplyDeleteKalau dekat, kami bagi dekat uncle minta sikatkan.. Bulu dak Jasmine panjang + kami pun tak tahu masa bila ia menjilat2 bulunya. Mesti ia letih menjilat sebab bulunya panjang sangat. hahaha..
Delete