Followers Remaja Purba

Saturday, March 22, 2025

JASMINE BAKAL MENJADI KESAYANGAN RAMAI?


05 Mac 2025 - Rabu (04 Ramadan 1446H)

Salah seorang kenalan dari socmed bertanya pada en. Hubby sekiranya berminat untuk mengambil seekor anak kucing, dia nak bagi sahaja tanpa sebarang bayaran.

Aku pula, bila memikirkan komitmen untuk menjaganya membuatkan aku berbelah bahagi untuk menerima. Hati ini belum terbuka untuk menjaga kucing, apatah yang jenis indoor. Tambah lagi baka munchkin.

Kucing yang selalu bertandang di rumah aku pun, biasanya kucing jiran ataupun kucing yang tidak bertuan. Datang mencari makanan dan pergi bila dah kekenyangan.
  • Pernah menjaga kucing sehingga akhir hayatnya.
  • Pernah menangisi kematiannya.
  • Pernah risau ketika balik kampung, bagaimanalah keadaan kucing yang kena tinggal [kucing yang kami jaga bukan indoor].
  • Pernah berpesan dengan jiran dengan meninggalkan makanan agar kucing tidak kelaparan.

TETAPI..
tidak seperti sekarang ni.. menjaga kucing indoor.
Dari Singapura singgah di Johor Bahru.
Selamat tiba di rumah kami pada malam 05 Mac 2025 yang lalu.

Telah disahkan ia kucing betina.

Perkenalkan..
JASMINE yang bakal menjadi kesayangan ramai..


Aku..?
En. Hubby yang berkenan sebenarnya tapi yang menjadi mangsa aku dan anak-anak. Hailaaa.. Babah budak ni.. Nak kucing tapi tak nak jaga. 

'Kucing ni kalau buat hal, saya bungkus kain baju dia dengan abang sekali. Jangan tinggal dengan kami!'.. Aura tak puas hati dari aku buat en. Hubby.

====================================================

22 Mac 2025 - Sabtu (21 Ramadan 1446H)

Hari ini..
Buat pertama kali aku menghantar dak Jasmine untuk sesi grooming bagi ia lawa menjelang raya nanti. 'Kucing pun nak healing juga'.. 'Anak dara kenalah lawa kan..' 

Reaksi anak-anak..
'Untunglah kau Jasmine, ibu beli macam-macam untuk kau, untuk kitorang takde pun..'

Aku..?
Ini pengalaman pertama menguruskan anak kucing macam ni. Dulu kucing yang ada, lepas bebas keluar masuk rumah. Sekarang.. seekor ni pun dah buat aku pening kepala berfikir macam manalah nanti aku nak balik beraya di kampung.

Habis tu, kenapa nak jaga juga?
  • Awal dulu, ia seperti jinak-jinak merpati, bila dekat ia lari'.
  • Sekarang, seperti budak kecil dengan kenakalannya yang tersendiri.
  • Rasa sayang nak lepaskan ia pergi.
  • Bila rasa dah bercambah dalam hati, ia hilang sekejap pun dah sibuk mencari.


@RemajaPurba: Ini semua salah en. Hubby..

5 comments:

  1. Alahai comelnya. Cie & anak2 takut kucing jadinya memang takdela nak bela kucing. Adik beradik Cie semua ada bela kucing. Kakak di Penang paling banyak siap reban special untuk kucing2 dia.

    ReplyDelete
  2. comel kucingnya... lady pernah bela kucing, ke mana2 lady bawa.. huhuhuhu.. sehingga ke akhir dia meninggal.. kami kuburkan dia sprti org .. :(( :(( :((

    ReplyDelete
  3. waahhh Muchkin! baka kaki pendek hidung penyek cantik ni! welcome to the family Jasmine! hehehe

    ReplyDelete
  4. kan..ammi masa mula2 "terpaksa" bela 2 ekor kucing adik bongsu pun gitu. macam aishhhh apsallah angah yg kena jaga. tapi lama-lama jadi sayang. pastu ehhhh bertambah lagi 2 pulak. sebab tiap satu tu ada je perangai masing2.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...