Followers Remaja Purba

Friday, May 30, 2025

ASEAN ALL-STARS vs MANCHESTER UNITED Terus Demam


Pemain sayap Myanmar, Maung Maung Lwin mencipta sensasi apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan Asean All-Stars ke atas gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, 1-0 [minit ke-71] dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025 (Rabu) lepas.

'Doktor, saya datang jumpa doktor ni sebab nak mohon cuti sakit'.
'Awak sakit apa sebenarnya?'
'Saya stress dan sakit hati ni doktor'.
'Stess? Sakit hati? Apa punca awak jadi macam ni?'
'Ini semua berpunca dari kekalahan Manchester United Doktor'.
'Tak perlu terlalu beremosi, kad pengenalan pun Malaysia, bukannya lahir nun di Manchester'.

Pasti ramai penyokong Manchester United (MU) yang kecewa di atas kekalahan tipis 0 -1 malam tersebut.


Aku..?
Dulu ketika zaman Budak Purba, tak pernah ketinggalan untuk menonton semua aksi perlawanan pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Dulu, tiada en. Google untuk mendapatkan maklumat dengan mudah, hanya dengan menonton di televisyen dan buat satu buku khas, lengkap maklumat senarai nama pasukan di dalam EPL ketika itu. 

Sehinggalah satu hari tu, aku ditegur oleh bapa saudaraku, 'Kau jangan nak tidur lewat, tak lama lagi dah nak exam SPM, jangan sibuk tengok tv je'. Memang salah aku pun tidur lewat semata-mata nak tengok bola EPL tapi sebab aku takut dengan bapa saudaraku, selepas itu, tiada lagi sebarang catatan dalam buku nota aku yang akhirnya buku tersebut pun habis dimakan dek anai-anai. Sedih.

Tapi.. bukan itu sahaja penyebab aku tidak lagi mengikuti perkembangan di dalam EPL. Sejak pengurus pasukan MU, Sir Alexander Chapman Ferguson meletakkan jawatan, perlahan-lahan aku tengok kemerosotan MU seiring dengan aku tidak lagi mengikut perkembangan EPL. Macam putus cintalah, pandang sipi-sipi pun tak mahu dah.

He is widely regarded as the greatest manager of all time and has won more trophies than any other manager in the history of football di [SINI],

Sekarang.. 'Ibu janganlah tengok, ibu tengok je mesti kalah pasukan tu'. Pernah beberapa tahun lepas sewaktu Piala Dunia, banyak pasukan bertaraf gergasi kalah yang kebetulan aku menjadi penyokong pasukan itu. Itu yang malas nak tengok dah.. hehehe..


- TRAVELLING SQUAD -

MANCHESTER UNITED

Goalkeepers
Altay Bayindir
Tom Heaton
Andre Onana

Defenders
Harry Amass
Dan Armer
Matthijs de Ligt
Diogo Dalot
Patrick Chinazaekpere Dorgu
Jonny Evans
Tyler Fredricson
Ayden Heaven
Jaydan Kamason
Godwill Kukonki
Harry Maguire
Reece Munro
Luke Shaw

Midfielders
Casemiro
Toby Collyer
Bruno Fernandes
Tyler Fletcher
Sekou Kone
Kobbie Mainoo
Jack Moorhouse
Mason Mount
Jim Thwaites
Manuel Ugarte

Forwards
Amad
Alejandro Garnacho
Rasmus Hojlund
Shea Lacey
Chido Obi
Joshua Zirkzee

Deme Jetlag, itu punca kekalahan malam tu.


The final 26-man ASEAN All-Stars squad taking on Manchester United! Featuring players from Malaysia (5), Vietnam (4), Australia (4), Thailand (3), Indonesia (2), Philippines (2), Cambodia (2), plus one each from Singapore, Myanmar, Laos, and Timor-Leste.


ASEAN ALL-STARS

Nguyen Hoang Duc (Vietnam).
Nguyen Hai Long (Vietnam).
Nguyen Van Vi (Vietnam).
Do Duy Manh (Vietnam).
Faeez Khan (Kemboja).
Coulibaly (Kemboja).
Bounphachan Bounkong (Laos).
Irfan Fandi (Singapura).
9- Maung Maung Lwin (Myanmar).
10- Malik Risaldi (Indonesia).
11- Kakang Rudianto (Indonesia).
Haziq Nadzli (Malaysia).
Azam Azmi (Malaysia).
Sergio Aguero (Malaysia).
Adib Raop (Malaysia).
Declan Lambert (Malaysia).
Joao Pedro (Timor Leste).
Patiwat Khammai (Thailand).
Ben Davis (Thailand).
Worachit K (Thailand).
Amani Aguinaldo (Filipina).
Sandro Reyes (Filipina).
Yaya Dukuly (Australia).
Kealey Adamson (Australia).
Adrian Segecic (Australia).
2Harrison Delbridge (Australia).

-Sumber dari en. Google -

===========================================

30 Mei 2025 - Jumaat (02 Zulhijjah 1446H)

Aku..?
Tiba-tiba demam tapi bukan kerana Manchester United kalah. Sejak petang semalam dah mula rasa tak sedap badan, ditambah pula batuk dan selesema hingga tak cukup tidur dibuatnya. Hari ni tetap pergi kerja memikirkan aku boleh berehat tiga hari sehingga Isnin dan moga Selasa depan sembuh sepenuhnya. InsyaAllah.. Aamiin..

@RemajaPurba: Bila jarang sakit, sekali kena.. rasa nak baring sepanjang hari

Wednesday, May 28, 2025

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


28 Mei 2025 - Rabu (30 Zulkaedah 1446H)

Waktu semakin hari terasa semakin singkat. Tak terasa hari sudah petang, Dulu bermain sampai lupa waktu pulang, sekarang bekerja sampai lupa waktu untuk bermain. Sungguh tak terasa bila terasa begitu cepat berlalu. 

Hari ini adalah hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN dan juga hari terakhir sesi persekolahan sebelum cuti penggal pertama persekolahan bermula. Ini termasuklah 71 buah sekolah di [SINI] yang terlibat bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Semua sekolah di seluruh negara akan kembali ke sekolah pada 10 Jun 2025 nanti.


Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 bagi Kumpulan A
Sekolah-sekolah di negeri:
Kedah, Kelantan dan Terengganu


Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 bagi Kumpulan B
Sekolah-sekolah di Negeri:
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Termasuk jugak Negeri Johor yang telah menukar kembali cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad bermula 01 Januari 2025.


=========================================

Mereka yang Bekerja Dari Rumah (Work Frome Home), akan kembali bertugas mulai 29 Mei 2025. Hadaplah kembali kesesakan jalan raya, mengejar masa waktu pergi dan balik kerja.

Aku..?
Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung, perjalanan pergi dan balik kerja smooth dan tenang je, tidak ada rasa tergesa-gesa dan moga terus bersambung smooth dan tenang itu untuk sepanjang cuti persekolahan nanti.


BUATMU MALAYSIA..
Tahniah dalam menjayakan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) dan juga sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Buat semua mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung, tahniah dan terima kasih diucapkan. Kerjasama dan disiplin pemandu di jalan raya juga sangat bagus, berkorban masa dan bersabar sepanjang sesi penutupan jalan di lokasi-lokasi terlibat.

Buat semua petugas media, termasuk wakil agensi berita antarabangsa yang berkampung di Kuala Lumpur, moga berita yang baik dan terbaik sahaja disalurkan ke saluran media anda. Bawalah kenangan yang indah pulang ke tempat anda dan tinggalkan kenangan pahit (jika ada) di bumi Malaysia.


@RemajaPurba: Tema Pengerusi ASEAN Malaysia ‘Keterangkuman dan Kemampanan'

Monday, May 26, 2025

BARU LIMA BULAN USIA DAK JASMINE


25 Mei 2025 - Ahad (27 Zulkaedah 1446H)

Jasmine.. oooo.. Jasmine..

Bila hadirnya dak Jasmine dalam kehidupan kami, terasa seperti ada anak kecil yang perlu diuruskan setiap hari. Kisah awal kemunculan dak Jasmine dalam hidup kami di [SINI].

Dak Jasmine ni, bila ia lapar je barulah nak bermanja dengan aku tapi bila dah kenyang, aku panggil pun tak menyahut. Setakat ni ia tak berani lagi keluar rumah. Terkebil-kebil disebalik pintu melihat kucing yang datang makan di depan rumah. 

Kami tak pernah kurung, dak Jasmine bebas bergerak dalam rumah tapi sesekali aku sengaja menyakat dengan mengurungnya.

Jangan diletak cawan berisi air di atas lantai, ia pun nak join minum sekali

Budak tak pernah kenal dunia luar.
Ada beberapa kali kami bawa ia berjalan.
Bagi ia nampak dunia luar dan merasai bisingnya di luar berbanding di dalam rumah.
Ada masa dak Jasmine takut sampai menyorok belakang kerusi.

Bila dah penat bermain, merata tempat ia tidur.
Tak pernah nak tidur di tempat yang kami sediakan.


Baru lima bulan usianya. 'Kau ni makin besar, asyik  makan je..' bebel dak Nuha. Mana taknya, asal ia mengiow je diberi makan. Paling syahdu bila en. Hubby bagi makan walau dah lewat malam. 'Jasmine lapar, abang bagilah ia makan. Abang bagi sikit je, bukan banyak pun'. Bebel jugaklah aku, sebab dak Jasmine mesti tak habis makan sebab selalunya en. Hubby terlebih bagi. Geram je rasa..

Tak lama lagi cuti Hari Raya Aidiladha. Ketika aku masih berkira-kira, hotel penginapan dak Jasmine mesej aku sekiranya nak buat tempahan awal. Bagusnya deme ingatkan aku, bukan setakat itu je, tarikh untuk grooming pun deme ingatkan. Tapi yang tak bestnya, aliran duit keluar laju je bila melibatkan anak bongsu berkaki empat ni.

Apa-apapun, moga rutin harian aku dan family dipermudahkanNYA. Bila ada anak kecil ni, nak berjalan jauh pun fikir banyak kali.

@RemajaPurba: ...

Friday, May 23, 2025

KENAPA TIDAK BEKERJA DARI RUMAH?


23 Mei 2025 - Jumaat (25 Zulkaedah 1446H)

Aku..?
Ketika dua hari penutupan/lencongan bagi simulasi Aktiviti Raptai (Dry-Run) Pergerakan Motoked dijalankan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (ASEAN Summit 2025), aku masih boleh memandu ke tempat kerja dengan tenang kerana penutupan jalan hanya melibatkan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Manakala mereka lebih selesa memilih untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) kerana tidak mahu tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Tapi.. sedarlah, kamu tu tinggal di zon lain bukan di zon yang terlibat. Mereka ini mengambil peluang seolah-olah dialah yang paling terjejas antara semua.

Seorang boss di tempat kerja aku..
'Kenapa tak mohon BDR?'
'Saya tak percaya dengan diri saya sendiri bila berada di rumah..'


Aku..?
Kebanyakkan dari kerja aku, ia tidak boleh di bawa pulang ke rumah, perlu diselesaikan di tempat kerja. Jadi, just go with the flow. Aku kena ubah sedikit waktu perjalanan bagi mengelak dari berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Berkorbanlah sedikit untuk beberapa hari sehingga Sidang Kemuncak ini selesai. Selepas itu back to normal, kembali berhadapan dengan jalan raya yang sentiasa sesak hampir setiap hari.

Petang tadi..
Alhamdulillah.. smooth je perjalanan balik kerja, Moga minggu depan pun sama. Terima kasih buat mereka yang bekerja dari rumah kerana tanpa kamu, jalan raya pasti sesak dan terpaksa berebut ruang parking yang terhad itu.


Jadual Aliran Penutupan Laluan Secara Berperingkat di Lebuhraya Plus
sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Buat semua pengguna jalan raya, elakkanlah laluan terlibat dan patuhilah arahan petugas trafik.


Mengulang kata-kataku di [SINI]
ASPEK KESELAMATAN:
Bayangkan jika aspek keselamatan tidak berjalan dengan lancar, negara kita boleh terjejas dari segi ekonomi dan reputasi antarabangsa. Malu kita nanti! Maruah dan nama negara perlu dijaga sebaik mungkin. Sebab itu kita kena pandang dari sudut kepentingan jangka panjang, bukan sekadar jalan raya yang ditutup.

@RemajaPurba: Aku dengan caraku yang sederhana..

Thursday, May 22, 2025

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46 (ASEAN Summit 2025)


22 Mei 2025 - Khamis (24 Zulkaedah 1446H)

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (ASEAN Summit 2025) yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

=========================================

Disebalik Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tersebut, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya:

PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN di RUMAH (PdPR):

Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 (ASEAN Summit 2025). Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah terbabit mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.

- sumber KPM -

=========================================

PENUTUPAN/LENCONGAN JALAN RAYA:

Bagi kawalan lalu lintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan penutupan/lencongan jalan raya secara berperingkat sempena penganjuran Kepengerusian ASEAN ke-46 (ASEAN Summit 2025). Pengarah JSPT Datuk Seri Mohd Yusri Mohd Yusri Haji Hassan Basri berkata penutupan/lencongan jalan akan dilakukan dimulakan dengan Aktiviti Raptai (Dry-Run) Pergerakan Motoked melibatkan laluan daripada lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara dengan kekuatan seramai 789 orang pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis.

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.



=========================================

ASPEK KESELAMATAN:

Bayangkan jika aspek keselamatan tidak berjalan dengan lancar, negara kita boleh terjejas dari segi ekonomi dan reputasi antarabangsa. Malu kita nanti! Maruah dan nama negara perlu dijaga sebaik mungkin. Sebab itu kita kena pandang dari sudut kepentingan jangka panjang, bukan sekadar jalan raya yang ditutup.

=========================================

BEKERJA DARI RUMAH (BDR):

Kebenaran BDR ini telah mendapat kelulusan dari pihak atasan buat mereka yang mungkin terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN. Selain wajib share live location keberadaan sepanjang BDR, laporan BDR perlu diisi dan perlu disimpan dan dikemaskini untuk tujuan pemantauan. Pemantauan penyempurnaan sasaran output tugasan yang telah ditetapkan akan dilakukan.

Aku..?
Ketika mereka sibuk mendapatkan kebenaran BDR ini, aku hanya just go with the flow. Jalan raya sesak, hadap jelah nanti. Paling penting, minyak kereta aku dah isi full tank + baki TnG mencukupi. 

Kenapa berkeras tidak mahu menggunakan kemudahan BDR ini?
Kebanyakkan dari kerja aku, ia tidak boleh di bawa pulang ke rumah, perlu diselesaikan di tempat kerja tetapi jika esok aku antara yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya, barulah aku akan bincang dengan boss tentang keperluan BDR ini.

@RemajaPurba: Jangan tahu complain tapi cuba lihat dari sudut yang lagi besar.

Monday, May 19, 2025

JADI PROFESIONAL SUPAYA TENANG DI TEMPAT KERJA


19 Mei 2025 - Isnin (21 Zulkaedah 1446H)

AMANAH..
Kalau kita fikirkan amanah kita takkan berani buat sesuatu yang berlebih-lebihan. Kerja kita jadi lebih indah sebab komunikasi, momentum awal, kerjasama, bertanya pada yang tahu. Niat dari awal, pasakkan dalam diri kita dapat teruskan fokus kita.

Sebagai contoh:
Orang yang minat memancing, macam mana dia boleh sabar dengan mata pancing dia. Dari mula dia boleh bersabar sebab dia memahami apa yang dia nak buat.


Bagaimana kita nak motivate diri kita bila kita berhadapan dengan cabaran/dugaan yang begitu besar, yang perlu kita tanggung tapi itu tanggungjawab kita. Sampai satu masa tu kita tak boleh buat dah. Macam mana kita nak motivate balik diri kita?

Berbalik semula kepada Allah.
  • Kita diuji kerana Allah sayangkan kita. Motivasi paling sesuai terpulang pada diri masing-masing. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.
  • Orang yang bijak sentiasa nampak pada jalan penyelesaian masalah, bukan nampak masalah pada setiap jalan sebab itu silaturrahim nak kena jaga. Cari kawan yang boleh bantu kita.
Syamsul Debat -


==============================================

 Jadi profesional supaya tenang di tempat kerja.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Proaktif
  • Teliti
  • Kreatif
  • Berinisiatif
  • Berintegriti dalam melaksanakan tugas
  • Berasa bangga dengan apa yang dilakukan
  • Bersedia memberikan kerjasama dan muafakat
  • Setia dengan organisasi
  • Hubungan yang mesra dengan orang sekeliling seperti pelanggan, rakan sekerja dan ketua

Pada peringkat individu, ia mampu meningkatkan tahap kesihatan, prestasi kerja, aktiviti memolong orang lain, motivasi, kerjasama dan 12% lebih produktif. Ia juga mampu mengurangkan tingkah laku tidak produktif, mengurangkan kemurungan, kebimbangan, stress melampau dan tidak hadir bekerja.



So.. Let's work together, tak perlu berdendam dengan majikan atau burn the bridge. Move on je dan kalau rasa tak boleh juga, cari kerja lain.

@RemajaPurba: Faham dengan tugas kita maka fokus momentum awal kita akan berterusan.

Friday, May 16, 2025

SELAMAT HARI GURU 2025


16 Mei 2025 - Jumaat (18 Zulkaedah 1446H)

Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” merujuk kepada peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan. Konsep ini menekankan bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi agen perubahan yang membentuk dasar, pedagogi, dan budaya pembelajaran ke arah lebih progresif.


Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dalam ucapan beliau ketika Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung di Kuching, Sarawak telah mengumumkan enam berita gembira buat warga pendidik di seluruh negara:
  • Permohonan pertukaran selepas berkhidmat dua tahun tanpa syarat.
  • 1470 pembantu guru akan disediakan untuk sekolah-sekolah terpilih, di mana satu sekolah akan mempunyai dua pembantu guru.
  • 32 guru dari kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa bakal melalui pengalaman bertugas di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma.
  • Peluang kepada guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang terpilih.
  • Diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian tiket penerbangan kepada guru ke seluruh destinasi melalui MH GOM PORTAL.
  • Pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMA KPM akan diberikan diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus.

YB Fadhlina Sidek juga berharap menerusi kekuatan potensi guru-guru dan semangat daripada tema, iaitu Guru Pemacu Reformasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan berjaya memastikan Enam Reformasi Pendidikan berjaya dilaksanakan iaitu:
  • Intervensi kurikulum, Pendidikan STEM
  • Pemerkasaan Pendidikan Digital
  • Memartabat Bahasa Melayu
  • Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  • Pendidikan TVET
  • Pendidikan Prasekolah

===============================================

Tahun 2025..
Tugas mendidik anak murid di sekolah bukan satu perkara mudah demi untuk melihat anak didiknya berjaya. Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian mereka. Tanpa guru, tidaklah kita mahir membaca, menulis, mengira. Moga segala ilmu yang diajar oleh guru melekat dan kekal relevan walaupun usia muda semakin jauh meninggalkan kita.


Khas buat Guru Kelas dak Nuha ketika di sekolah rendah..
Ustazah Baiti Jannati



Ustazah Aida


Teacher Magesh, guru kelas dak Nuha tahun 2024



Bagaimana pula dengan guru kelas dak Nuha untuk tahun 2025 ni..?

Melalui Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dak Nuha mencari dan dapat berjumpa hampir kesemua cikgu yang mengajar kelasnya. Tiap apa yang aku pesan, dia sampaikan dan dak Nuha bagitahu, cikgunya mengharapkan kejayaan dak Nuha dalam peperiksaan memandangkan dua minggu ini adalah minggu peperiksaan. InsyaAllah.. sama-sama kita doakan.


Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan kesabaran mendidik anak-anak muridmu terutamanya buat dak Nuha. Ilmu yang cikgu curahkan adalah bekal berharga sepanjang hidup. Setiap pengorbananmu, walau kecil, meninggalkan kesan besar dalam hidup anak didikmu.

Selamat Hari Guru.. 16 Mei 2025
Buat semua guru, moga rutin harian dipermudahkanNYA.
'GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN'

@RemajaPurba: Al-Fatihah buat guru yang telah pergi..

Sunday, May 11, 2025

SELAMAT HARI IBU BUATMU EMAK


11 Mei 2025 - Ahad (13 Zulkaedah 1446H)

IBU.. IBU.. IBU.. barulah AYAH.
Tingginya kedudukan dan darjat seorang ibu itu, kali keempat baru ayah.
Didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara iaitu:
  • Kepenatan dalam mengandungkan anak
  • Kesukaran dalam proses melahirkan anak
  • Ujian yang dihadapi semasa menyusukan anak
dari [SINI


Bagi aku..?
Hari-hari adalah hari Ibu..
Buat semua bergelar ibu., tanpa anda.. kucar-kacirlah mereka.
- You are not just a mother, You are the heartbeat of the home. The quiet strength behind every smile -

+++++++++++++++++++++++
Buatmu Emak
Terima kasih di atas segalanya.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu MAK. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

SELAMAT HARI IBU - BUAT MAK
11/05/2025
+++++++++++++++++++++++


Hukum sambutan Hari Ibu adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan syarak kerana ia bukan termasuk dalam perayaan keagamaan. Hari Ibu disambut bagi memuliakan ibu serta menzahirkan penghargaan kepada Ibu di atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. - sumber dari [SINI]

@RemajaPurba: ...

Saturday, May 10, 2025

BERITA KELAHIRAN DAN KEMATIAN DALAM SATU HARI


08/05/2025 - Khamis (10 Zulkaedah 1446H)

Awal pagi..
Adik ipar, Ika selamat melahirkan baby girl (3.1kg) di hospital di situ. Ibu dan baby berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.. bertambah seorang lagi cucu myMIL.

'Allah uji sebab tahu hambaNYA mampu jalani ujian. Bersangka baik walau ujian itu berat macam mana. Usaha, Doa dan Tawakkal kepadaNYA'.

==============================================

Pagi.. hari yang sama..
Ketika orang sedang bergembira, ada yang berduka di atas kehilangan ahli keluarga. Salah seorang boss (Intan Zarina binti Zainal Abidin) dari tempat kerja aku telah pergi ke Negeri Abadi sebelum subuh. Arwah dikejarkan ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan kerana berlaku pendarahan. 

Hasil post-mortem: Undetermined.
Pihak hospital telah mengambil sample untuk dibuat ujian bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Kita sedih, family arwah apatah lagi. Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana. 

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.”
Al-Fatihah.

dari Hospital Rembau, jenazah di bawa ke Surau Al-Fateh sebagai penghormatan terakhir

Pasukan Pengurusan Jenazah di bawah Biro Agama tempat kerjaku telah hubungi keluarga arwah untuk urusan pengurusan jenazah. Keluarga memaklumkan jenazah akan diuruskan bawah khairat kematian kawasan perumahan.

Surau Al-Fateh, Senawang, Negeri Sembilan

Jenazah di bawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah

'rumah baru arwah'
Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Negeri Sembilan.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.

==============================================

09/05/2025 - Jumaat (11 Zulkaedah 1446H)

Mesej dari suami arwah di dalam group WhatsApp tempat kerjaku:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ          

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ  

Saya, En. Rahmad bin Mohamad suami kepada Allahyarhamah Intan Zarina binti Zainal Abidin ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang turun memberi penghormatan terakhir untuk arwah isteri saya pada 8hb Mei 2025.

Terharu sungguh di hati ini melihat kesantunan, kesabaran dan usaha semua yang hadir menziarahi, membantu menguruskan jenazah arwah isteri saya dari awal hingga selesai urusan pengebumian. Tak dilupa juga ramai yang banyak memberi sumbangan dan kata-kata semangat kepada saya untuk menempuhi tempoh yang amat mencabar ini untuk saya dan keluarga. Segala bantuan, doa dan sokongan daripada semua amat saya hargai dan tidak dapat saya balas satu persatu. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

- hanya sebahagian kecil aku copy paste kongsikan di sini -


Sebagai manusia yang akan terus melihat kematian, iktibar kita hanya sampai liang lahad semata. Sebaik dikambus ia akan dilupakan. Sedangkan kematian diri kita sendiri hari-hari disemak malaikat pencabut nyawa adakah kita masih ada yang tiga pada setiap hari - rezeki, kata-kata dan langkah.

@RemajaPurba: ...

Friday, May 9, 2025

JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025


30 April 2025 - Rabu (2 Zulkaedah 1446H)

Syawal telah berlalu tapi masih ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri?
Dek kekangan masa dan boss tiada pula pada tarikh yang dipilih, akhirnya majlis hanya dapat selepas Syawal. Walau telah melewati bulan Syawal, namun kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa. Majlis yang dinantikan 'Raya Kita-kita Je' telah dibuat di ruang tingkat tempat aku bekerja.

Kali ini, menu utama tidak disediakan oleh en. Hubby kerana aku tidak mahu en. Hubby terpaksa mengambil cuti rehat, cuma aku minta buatkan pulut periuk kera sebagai salah satu menu potluck.

Aku..?
Kena sediakan dua balang air, sirap selasih dan sunquick oren. Aku buat, orang lain rasa. Jadi, kalau rasa tawar atau terlebih manis bukan salah aku. Bijak tak MakBudak..


Sebelum majlis bermula..
Wak Landskap bantu aku dapatkan daun pisang di kebun sebelah tempat kerja aku untuk digunakan sebagai alas bagi makanan yang akan dihidangkan.


Pelbagai juadah siap dihidangkan, baik yang ditempah atau dari air tangan sendiri.


Pulut periuk kera mendapat perhatian ramai termasuklah Dato' CEO sendiri




Menu utama:
🌯 Lemang
🍢 Satay Ayam & Daging
🍲 Nasi minyak, Ayam Masak Merah, Acar Nenas + Timun, Papadom
🍛 Rendang Ayam, Rendang Daging, Nasi Impit & Kuah Kacang
🍝 Bihun Sup


Sebahagian Menu potluck yang dibawa




Pelbagai menu menarik telah disajikan, baik dari menu utama sehingga ke menu potluck. Memang meriah lain macam tapi dalam meriah tu sebenarnya terkejut kerana tiba-tiba menerima tetamu dari luar ketika ada antara kami yang belum dapat menjamah menu utama. Ada yang bersuara meluah rasa tapi takkan nak halang ye tak. Orang datang kita raikan. Tak apalah, rezeki sedikit dikongsi bersama, pada yang tak dapat makan tu, ada rezeki nanti kita buat lainlah ye.

Chief of the day..

Dalam masa yang sama, turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah disediakan, kebanyakkan darinya adalah makanan/bahan mentah. Dah nama pun majlis untuk kita-kita, jadi hadiah pun macam-macamlah.

Aku punya [sardin 3 tin dan RM5] - rezeki

Buat semua..
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang hadir, yang bawa juadah power-power, yang tolong setting meja, yang jadi tukang deco-deco, tukang snap gambar, tukang cuci dan segala jenis tukang termasuklah kita semua sebagai tukang makan 😘 Masing-masing memang all out – daripada menu sampai ke dekorasi, semua tip top! Kita bukan saja kenyang perut, tapi juga penuh dengan rasa ukhuwah dan semangat raya kita yang masih berbaki. Kita dah cipta satu lagi kenangan manis bersama. Jumpa lagi di majlis seterusnya – siapa tahu, mungkin majlis lain pula lepas ni?

Maaf Zahir dan Batin! 
Eh!Kejap.. Ini dah macam Raya 2.0 satu bangunan pulak kan! Meriah lain macam.
#RayaKitaKitaJe

@RemajaPurba: Alhamdulillah..

Friday, May 2, 2025

Majlis Salam Aidilfitri 2025


26 April 2025 - Sabtu (27 Syawal 1446H)

Pagi..
Menguruskan dak Adik mengambil ujian berkomputer bagi lesen motor dan Alhamdulillah, dalam debar dak Adik lulus akhirnya. Selesai urusan berkaitan, aku bawa pula dak Jasmine pergi grooming. Sementara itu, en. Hubby dah mula sibuk menyiapkan hidangan untuk Majlis Salam Aidilfitri 2025 pada sebelah malamnya.

Alhamdulillah.. apa yang dirancang, berjalan dengan baik. Buat julung kali, majlis kali ini diadakan secara tertutup, jemputan tidak ramai. Lebih kepada meraikan saudara sebelah en. Hubby dan kawan-kawan di tempat kerja beliau serta jiran terdekat. Satu-satunya adik perempuan aku turut hadir memeriahkan suasana. Dia datang bersama anak-anak dan kami dapatlah borak sekejap. 

Kawan en. Hubby dari tempat kerja

Alhamdulillah.. tak hujan masa ni

Aku..?
Demi menjayakan majlis tersebut, haruslah diserikan dengan senyuman pada wajah walau sudah kepenatan mengerah tenaga hampir seharian. Menu simple aje, berunsurkan sup ayam kerana kawan non muslim turut hadir memeriahkan suasana. Pada pandangan mata orang lain, bukan lagi simple jika ada set mee, bihun sup, periuk kera, sambal ikan bilis petai, nasi impit dan spagetti bolognese, manakala buah dan rendang kerang serta  kuih talam disediakan oleh mySIL. Gambar tiada, terlupa sungguh nak ambil gambar.

Buah tangan dari adik ipar

Periuk Kera

Majlis selesai hampir tengah malam dan sesi pembersihan siap sepenuhnya hampir pukul satu pagi. Dak Adik dibantu oleh myAnakFruit. Alhamdulillah.. lega ada yang turut sudi meringankan tangan membantu.

Hanya mereka berdua yang tinggal

-------------------------------------------------------------------

27 April 2025 - Ahad (28 Syawal 1446H)

Memenuhi jemputan Majlis Kesyukuran Sambut Menantu bagi meraikan perkahwinan Amirul Hakim dan pasangannya, anak kepada kak Joana, rakan di tempat kerja (baru bersara 11 Januari 2025) yang diadakan di Tian Nara Event Space Elmina Shah Alam.

Lokasi kejadian

Selamat Pengantin Baru buat pengantin.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Hanya aku dan en. Hubby yang pergi, anak-anak kepenatan di rumah. Tidak dapat lama di majlis tersebut kerana ada lagi jemputan yang perlu dihadiri.

Gigih en. Hubby melayan kerenah MakBudak

Transformers dah lama sebenarnya berada di Malaysia

Selesai menghadiri jemputan di rumah kawan en. Hubby, kami bergegas pulang ke rumah kerana saudara kami a.k.a jiran sebelah rumah nak pecahkan lantai kerana nak repair paip air rumah kami yang bocor. 

Bil air melambung tinggi kerana paip air pecah

-------------------------------------------------------------------

28 Syawal 2025 - Isnin (29 Syawal 1446H)

Penutup Syawal..
Moga ada rezeki untuk kita bertemu kembali pada tahun hadapan. InsyaAllah.. Aamiin..

-------------------------------------------------------------------

- Simpan sini sebagai kenangan -

Tiga tarikh penting pada bulan April 2025:

3 April 2025 - Birthday Ayah aku
23 April 2025 - Birthday dak Nuha #NagaManja di [SINI]
24 April 2025 - Keputusan Peperiksaan SPM diumumkan di [SINI]

@RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...