24 Apri; 2025 - Khamis (25 Syawal 1446H)
Pagi yang membuat aku resah dan berdebar, jujurnya aku sangat takut untuk melihat keputusan rasmi SPM dak Adik yang merupakan salah seorang calon yang telah menghadiri Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di dalam siaran medianya telah memaklumkan bahawa semua calon yang telah menduduki peperiksaan SPM boleh membuat semakan melalui kaedah:
- Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my di [SINI] atau
- Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. (Contoh: SPM 070203045678 AA001A001)
'Sabar la.. apa jua keputusan anak tu nanti, jauh lagi perjalanannya'. Pujuk en. Hubby.
Dan.. pagi ini air mataku jatuh jua, jatuh bukan kerana kecewa tapi jatuh kerana syukur. Alhamdulillah.. Syukur.. nak kata teruk sangat tidaklah tapi Layak Mendapat Sijil SPM pun dah syukur amat. Walau tiada A dalam keputusan dak Adik tapi 'SPM hanyalah satu halaman dari buku kehidupan dan SPM itu adalah pembuka jalan, teruskanlah berjuang demi masa depan'.
Buat semua yang turut sama mendokan dak Adik, hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga semua dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.
==========================================
- A+ : Cemerlang Tertinggi
- A : Cemerlang Tinggi
- A- : Cemerlang
- B+ : Kepujian Tertinggi
- B : Kepujian Tinggi
- B : Kepujian Atas
- C : Kepujian
- D : Lulus Atas
- E : Lulus
- G : Gagal
Ini pulak takrifan tahap pencapaian pada pernyataan keputusan Bahasa Inggeris:
Ada 6 tahap dari C1, B2, B1, A2, A1 dan Pre A1

Tetaplah berbangga, tetaplah tenang.
Allah SWT telah siapkan yang terbaik di waktu yang paling indah.
@RemajaPurba: Menangis sampai sakit kepala dibuatnya..
Moga anak2 kita semua berjaya dunia akhirat, jadi anak yang soleh solehah buat ibubapa selamanya.
ReplyDeleteAnak buah Cie ada 2 orang ambil result hari ni.
ReplyDeleteInsyallah semoga berjaya pada semua yg telah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia.
ReplyDeleteTak apa .. janji dah lulus.. dan apa jua keputusannya itulah yg telah terbaik yg dak adik buat.. SPM bukanlah menutup kepada kejayaan dlm kehidupan.. Insyallah panjang lagi perjalanan..
ReplyDeletetakpa untuk adik, SPM bukan penutup.. inshaAllah adik akan berjaya dlm bidang akan datang aminnnn
ReplyDeleteterinhgat masa ambik result SPm tahun 2008 dulu.. hehehe
ReplyDelete