11 November 2024 - Isnin (9 Jamadilawal 1446H)
Rule of Work di SINI..
Apabila berada di tempat kerja, jangan mudah percaya pada sesiapa. Jika join group whatapps, berhati-hatilah bila bersuara, bila-bila masa je mereka akan berpaling tadah screenshot perbualan kita itu. Kita takkan tahu ke mana perbualan itu akan pergi dan lebih teruk, bagaimana ia akan 'diedit'.
Dengan rakan di tempat kerja..
- Jangan kutuk kawan lain
- Jangan cerita masalah peribadi
- Jangan kongsi pencapaian yang diterima
- Jangan jadikan kawan rapat
- Cukuplah borak hal kerja dan isu semasa, benda positif, hobi tetapi bukan isu sensitif
- Keep professional, rakan kerja hanyalah rakan kerja
- Keep boundaries between them.
Tanda kau semakin purba..
- Kau mula banyak bersabar
- Tidak mengikut kata hati
- Malas nak melayan hal-hal yang menyakitkan hati
Apa yang dah lepas, biarlah ia berlalu pergi. Tak usah dikenang kerana akan menyakitkan hati. Percayalah.. hidup akan menjadi lebih aman dan harmoni.
===========================================
Mak mertua myBoss meninggal tengahari tadi, la ni deme satu family dalam perjalanan balik kampung di Kedah. Salam takziah buat myBoss dan keluarga. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA dan moga selamat pergi dan balik.
#RemajaPurba: Pernah ada seseorang yang istimewa di hati.. di SINI..
Setuju.. tapi itulah kita inikan selalu alpa huhu
ReplyDelete