Followers Remaja Purba

Monday, January 15, 2024

Bersara wajib - umur 58 tahun.


Setiap yang kita tahu, yang datang akan pergi dan pasti akan berganti. Bak kata myBoss.. 'orang akan ingat kita sehari dua je, lepas tu takde siapa yang akan ambil tahu'. Begitulah kehidupan.


15 Januari 2024 - Isnin

Lantikan dari tahun 1997 hingga 2024.
Bersara wajib: 58 tahun.

Alhamdulillah, beliau masih kuat meledani rutin harian. Seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami (Al-Fatihah), membesarkan anak seramai empat orang yang mana dua orang daripadanya telah mendirikan rumahtangga. Manakala dua orang lagi sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. 

Beliau seorang:
  • Penyimpan rahsia terbaik.
  • Tegas.
  • Baik hati dah tentu.
  • Seorang kawan, mak dan rakan sekerja.
  • Semua yang baik-baik jelah tentang beliau.

Buatmu kak Zainon.. Terima kasih kerana:
  • pergi dan balik kerja bersama.
  • bersama aku ketika aku dikejarkan ke Bahagian Kecemasan hospital.
  • bersama aku ketika aku berada di dalam 'zon bahaya'.
  • sabar melayan kerenah aku dan semua yang berkaitan diri aku.

Aku tahu dirimu risau aku akan pergi kerja berseorangan (aku sendiri pun takut sebenarnya).. tapi InsyaAllah, lepas ni aku dan myBoss akan carpool untuk ke tempat kerja.

Hari ini..
Aku tidak suka perasaan sedih menghimpit diri. Biarlah orang lain sedih nak berpisah tapi aku tak nak dan tak mahu sebab hari-hari dan bertahun aku bersama kak Zai. Aku nak nampak kuat di mata semua orang.. Eleh!MakBudak.. cakap je.. 


SELAMAT BERSARA
Puan Zainon Duriat.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Buatmu kak Zai, walau kita akan berpisah tapi takpe.. rumah kita tak jauh mana. Tidak berhubungan selalu tak bermakna kita melupakan. Hanya kita berdua yang tahu.

#RemajaPurba: UPDATE di SINI..

6 comments:

  1. bila tgok org pencen, kita pun x sabar nak pencen...
    semoga puan Zainon sihat2 selalu, selamat bersara

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh kerajaan Madani buat rules baru, besara wajib 72 tahun. Ramai lagi nak kerja hingga usia ini.

    ReplyDelete
  3. Selamat Bersara Kak Zai. Moga sihat ceria sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Selamat bersara puan zarina. Berpisah di dunia kerja tapi tetap brrsahbat selamanya . Stay cool n be strong

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...