Followers Remaja Purba

Monday, August 26, 2024

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN


Simpan sini sebagai kenangan

03 Ogos 2024 - Sabtu (28 Muharram 1446H)

Notis Pemberitahuan bagi kerja-kerja menurap semula jalan telah diterima. Pihak Majlis meminta supaya dapat mengosongkan, mengalihkan, tidak meletakkan kenderaan dan apa-apa halangan di atas jalan bagi melancarkan turapan jalan tersebut.

Untuk hari ini, hanya melibatkan bahagian belakang rumah setiap lorong. Manakala, untuk bahagian hadapan rumah, akan dibuat kemudian.

Bahagian hadapan rumah telah dikosongkan bagi memberi laluan untuk turapan jalan


Sambil memasak sambil mengintai di sebalik tingkap rumah.. 😃


Anak-anak taman bergotong-royong mengalihkan pondok di lorong kedua

Ini pula pondok di lorong ketiga


13 Ogos 2024 - Selasa (08 Safar 1446H)

Kerja-kerja menurap semula jalan di sambung semula pada bahagian hadapan kawasan perumahan kami. Warga taman memberi kerjasama yang baik bagi memudahkan kerja-kerja turapan dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Pondok telah di alihkan ke tepi laluan rumah yang diangkat oleh anak-anak taman sebelum ini


Petang..
Terpaksa menunggu di tepian jalan kerana jalan masuk masih ditutup. Menunggu sampai terlelap dibuatnya dek kepenatan memandu balik kerja.

Apa-apapun, terima kasih buat semua petugas dan pekerja yang bertungkus-lumus menurap jalan di taman perumahan kami.

#RemajaPurba: ...

5 comments:

  1. Alhamdulillah nampak ada kemajuan dri PBT.. bagus ramai2 tlg angkat pndok tu.. dah macam cerita upin ipin pulak hihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sama2 membantu mana boleh, permudahkan kerja turap jalan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, rezeki tu dpt jln yg luas selesa dan baru berturap

    ReplyDelete
  4. sy pula yg terhidu2 bau tar smpi ke sini🤣🤣sejenis penggemar bau tar selain bau hujan😁🤭

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...