Followers Remaja Purba

Thursday, August 8, 2024

BADMINTON OLYMPIC PARIS 2024 - Porte de La Chapelle Arena


PARIS 2024

Pasukan Malaysia menghantar 26 atlet untuk bertanding dalam 11 sukan di Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Salah satu daripadanya adalah Badminton.

Sesi Undian

Senarai pemain Badminton Malaysia yang mewakil Malaysia bagi edisi 2024:
  • Perseorangan Lelaki: Lee Zii Jia
  • Perseorangan Wanita: Goh Jin Wei
  • Beregu Lelaki: Aaron Chia & Soh Wooi Yik
  • Beregu Wanita: Pearly Tan & Thinaah Muralitharan
  • Beregu Campuran: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

================================================

PERSEORANGAN LELAKI: Lee Zii Jia

Walaupun gagal mara ke peringkat akhir tetapi beliau berjaya merebut pingat gangsa kedua dengan menewaskan Lakshya Sen dari India dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena.

Melihat di awal perlawanan beliau, boleh gugur jantung dibuatnya. Walaupun tewas di set pertama 13-21, tetapi dengan semangat juang yang tinggi beliau berjaya mendominasi perlawanan pada set kedua 21-16 dan set ketiga 21-11. Nampak tangan dia menggigil selepas habis perlawanan, pasti bermacam perasaan yang timbul ketika itu.



================================================

BEREGU LELAKI: Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Beregu badminton lelaki negara melakar sensasi dengan meraih gangsa pertama bagi Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup & Anders Skaarup Rasmussen 16-22, 22-20 dan 21-19. Ini menyaksikan Aaron Chia & Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.


'We are proud as Malaysians and we are proud we won a medal for Malaysia' - Aaron Chia


Paling manis sudah tentu janji manis dari Chery Malaysia yang mengumumkan mereka bertiga bakal menerima model SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 setiap seorang. Ini merupakan ganjaran yang dijanjikan oleh Chery Malaysia di atas segala usaha dan penat lelah para atlet yang berjuang untuk memenangi pingat pada kejohanan ini.


Ketiga-tiga pemenang gangsa Sukan Olimpik ini juga akan menerima wang tunai sebanyak RM100,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan sepanjang hayat bernilai RM2,000.

================================================

PERSEORANGAN WANITA: Gon Jin Wei

Tanpa ditemani jurulatihnya, Nova Armada, Goh Jin Wei beraksi dengan dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen pada aksi kelayakan kumpulan. 

Aku suka tengok gambar ni, cantik + comel deme berdua

Ketika menonton perlawanan beliau menentang Johanita Scholtz dari Afrika Selatan, yang berakhir dengan kemenangan 23-21 dan 21-11, aku rasa sebak sebab dia 'keseorangan'. Perjalanan beliau tersekat dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan H, tewas kepada Kim Ga Eun dari Korea Selatan dalam pertarungan tiga set 21-17, 20-22 dan 21-23 dalam tempoh 65 minit. 

'Minta maaf Malaysia' ðŸ˜¢
Reaksi Goh Jin Wei selepas tamat perlawanan


Bagi aku, tak perlu nak minta maaf kerana beliau telah memberikan yang terbaik. Perlawanan yang sengit, beza mata pun tak jauh mana cuma peluang tidak berpihak kepadanya. Apa-apapun tahniah dan kejarlah impian untuk mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.

================================================

BEREGU WANITA: Pearly Tan & Thinaah Muralitharan

Pasangan dari Jepun, Nami Matsuyama & Chiharu Shida berjaya menewaskan pasangan beregu wanita negara dengan mata 21-11 dan 21-11, seterusnya menggagalkan usaha pemain beregu negara untuk mendapatkan pingat gangsa.



Permainan yang sangat bagus ditunjukkan oleh kedua pemain ini walau terkandas di peringkat separuh akhir. Kita sedih mereka apatah lagi.. Sabarlah dan usaha lagi.

================================================

BEREGU CAMPURAN: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Tewas kepada Kim Won Ho & Jeong Na Eun dari Korea Selatan di peringkat suku akhir, menggagalkan usaha untuk ke separuh akhir dengan straight set 19-21 dan 14-21 dalam masa 41 minit.


Aku suka tengok gandingan mereka berdua.

================================================

Semangat dan ketabahan semua pemain sepanjang perlawanan ini telah membuktikan bahawa mereka layak ke Sukan Olimpik dan walaupun ada yang tidak berjaya, tetapi mereka tetap yang terbaik untuk Malaysia. Aku percaya, kekalahan ini akan menjadi menjadikan mereka semakin kuat dan pengalaman yang diperoleh akan dijadikan pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Tahniah buat semua jurulatih, tanpa anda mereka tidak akan sampai ke tahap ini. Buat semua pemain, usaha dan terus usaha selagi terdaya.

#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google.

4 comments:

  1. ulasan sukan yang simple lagi menarik, moga ada sinar emas untuk badminton untuk LA 2028

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen..

      Betul.. moga ada sinar emas buat mereka nanti. Moga mereka semua berjaya.

      Delete
  2. Memang terbaik semua atlit kita. Suspen tengok game.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...