Followers Remaja Purba

Friday, July 19, 2024

KEJOHANAN SOFTBALL (RENDAH) MSSD ANJURAN PPD


Kisahnya disebalik permainan Softball sekolah dak Nuha..

Selepas perlawanan pada tahun lepas, dak Nuha dok merengek nak berhenti dari bermain sofball. Bila aku minta alasan untuk aku berikan kepada gurunya, boleh pula dia kata.. 'Takpelah ibu, nanti cikgu Amir marah..'. Makanya, kekallah dia di dalam pasukan sekolahnya.

Bagi sesi 2024 kali ini, latihan diadakan waktu pagi dan petang di padang sekolah, kena pulak waktu musim panas hingga bertukar warna kulit muka dak Nuha.. Ok yang ini jangan gelak nanti dia sentap.. haha..


Akhirnya.. pada 10 Julai 2024 - Rabu (04 Muharram 1446H) telah di adakan perlawanan Softball (Rendah) MSSD anjuran PPD di sini dan dak Nuha salah seorang wakil sekolah yang turut serta.

Pagi hari kejadian..
Semua berkmpul di hadapan sekolah sebelum bergerak menuju ke tempat perlawanan

Kali ini aku tak dapat turut serta memberi sokongan kepada dak Nuha dan pasukan softball sekolah kerana kekangan kerja. Memandangkan aku tak dapat hantar dak Nuha, aku memohon bantuan ibu kepada salah seorang ahli pasukan untuk mengambil dak Nuha dari rumah pagi tersebut. 

Hujan lebat sebelum perlawanan menyebabkan padang lecak digenangi air

Banyak gambar kenangan yang dkongsikan oleh cikgu dan mereka yang hadir

Kalah atau menang itu adat perlawanan, yang mahal itu adalah pengalaman 🥰


dak Nuha


Apa-apapun, terima kasih buat semua cikgu di atas latihan, kerja keras dan sokongan kepada ahli pasukan Softball sekolah. Buat ahli pasukan Softball sekolah, tahniah di atas sumbangan semua. Walau tidak berjaya tapi anda tetap juara di hati kami. Selamat Maju Jaya buat semua anak² dan moga beroleh keputusan cemerlang dalam pelajaran sebelum memasuki Tingkatan 1. Buat semua cikgu, halalkan ilmu yang diterima oleh anak².

Moga pasukan softball sekolah bagi sesi 2025 akan meneruskan legasi dan mampu mencipta kejayaan dan melakar sejarah sekolah.


Rasa sebak bila baca komen dari cikgu Amir:
Terima kasih.... Semua.... Saya mohon Maaf... Pada semua.... Sebab tidak dapat membawa hadiah kemenangan balik.... Insyallah di masa akan datang kita usaha lagi....

#RemajaPurba: Terima kasih buat semua.

6 comments:

  1. betul lah sebak baca komen cikgu ckp cmtu :( takpe next time boleh cuba all out lagi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. wakil sesi 2025 yang akan menerajuinya pulak.

      Delete
  2. lama tak main sofball ni. Kalau dpt pemukul dan bola tu rasanya masih berbisa lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau dah biasa main, pasti sengatnya masih ada walau kudrat tak sekuat dulu.

      Delete
  3. Teringat zaman sekolah main sofbal sampai wakil daerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. tahniah.. walau dah bertahun meninggalkan zaman persekolahan..

      Delete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...