Followers Remaja Purba

Tuesday, November 7, 2023

Boikot Jangan Berlandaskan Sekadar Sangkaan


Terpulang pada individu tu sendiri. Kuasa membeli di tangan masing-masing. Nak boikot go on, tak  nak boikot, orang lain tiada hak untuk memaksa. 


BOIKOT
Adalah suatu tindakan keengganan menggunakan, membeli mahupun menjual sehingga memulaukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang datang daripada suatu individu, pertubuhan atau negara sebagai tanda tunjuk perasaan, bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupun mementingkan persekitaran. Pemulauan ini ditujukan mencetuskan kerugian ekonomi mahupun memaksa berubah pendirian yang dinyatakan dari pihak pengeluar yang disasarkan.
-daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas-


Tanya balik diri tu, dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari pintu pagar depan sampai pagar belakang rumah, kalau ada kaitan dengan produk itu, produk ini, jangan guna - sila buang. Jangan sekadar pandai bercakap tapi sudahnya nanti, kaulah antara yang beratur beli barang Limited Edition yang dijual.


Sebagai contoh memetik sumber dari SINI..

Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja.

di SINI..

'Apa pun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan, tidak berlandaskan sekadar sangkaan yang akhirnya boleh mengakibatkan pihak lain teraniaya'. -Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor-

#RemajaPurba: Isu boikot sekarang ni sangat sensitif.

3 comments:

  1. Bergantung pada diri masing-masing. Kalau boikot mampu tunjukkan secara terang-terangan penentangan ke atas kekejaman Israel, apa salahnya.

    Cuma jangan sampai mudaratkan diri dan orang yang tak bersalah sudah lah.

    ReplyDelete
  2. ye... ambik pandangan dari banyak pihak...

    ReplyDelete
  3. Moga Palestine bebas dari kekejaman Z10nis.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...