Followers Remaja Purba

Saturday, April 30, 2022

Projek Pengubahsuaian Bahagian Dapur Rumah


22 Mac 2022 (Selasa)
Hari pertama memulakan langkah tanpa menoleh ke belakang.

Dah pernah berbuah..
Dah pernah merasa..
Dan ini 'keturunannya' yang terakhir..

Tak sempat nak merasa buah mata kucing dari pokok ni..

Permulaan segalanya.. berhabuk dah tentu..

Kita buat rangka luar dulu sebelum operasi memecah dinding dalam rumah dimulakan.

Pecah + tutup..

Ini bilik asal, bukan bilik tambahan.

Penyelia melawat kawasan..

Operasi diteruskan di dalam bahagian rumah..

Kepingan demi kepingan dikeluarkan.

Hasil kerja dari kontraktor yang dilantik.

Sebahagian kenangan yang ada.


Ramadan 2022
3 April 2022 (Ahad)
Hari pertama menyambut Ramadan 2022 dan berbuka puasa di rumah mySIL dek keadaan rumah yang belum 'sempurna'. 


Selepas 28 hari..

Alhamdulillah, akhirnya hari ke-16 Ramadan bersamaan 18 April 2022 (Isnin) siap sepenuhnya projek pengubahsuaian bahagian dapur rumah.

Keesokkan harinya, pada 19 April 2022 (Selasa), mengerah tenaga memulakan proses mengemas kembali ruang rumah yang kotor + berdebu. Waktu ni aku dah mula rasa sakit pinggang, penangan ubat yang aku ambil, maka, kebanyakkan masa, aku cuma mengarah.

Apa-apapun kita siapkan ruang memasak terlebih dahulu bagi menggantikan dapur gas stove camping yang digunakan untuk memasak juadah berbuka dan bersahur. 

Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah kau curahkan buat aku sekeluarga.


20 April 2022 (Rabu)
Walau rumah tidak sebesar mana tapi dengan barang-barang yang ada, pening jugak nak memulakan penyusunan semula, menyisih mana yang tidak perlu dan membuang mana yang tidak lagi boleh digunakan.

Sakit pinggang tapi kemas tetap kena kemas, membantu mana yang mampu dan larat. Alah.. aku banyak mengelat sebenarnya dan lebih kepada memberi arahan. Paling teruk pun dengan bantuan troli, aku, dak Adik dengan dak Nuha bekerjasama mengangkat mesin basuh dari depan ke bahagian dapur rumah. Berpeluh + mengah jugak dibuatnya tanpa bantuan en. Hubby yang telah keluar bekerja.

Si kuning tong roro diletakkan di bahagian hadapan rumah.

Gara-gara tersilap mengambil ruang, cik Putih tercium si Kuning.
Dapatlah parut di bahagian pipi cikPutih.


April 2022 juga menjadi tarikh penting buat dak Kakak, antara calon yang perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ni tertangguh dek cuti kuarantin akibat Covid-19. Moga dilembutkan hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan dak Kakak. InsyaAllah, Aamin..

Banyak lagi belum kuceritakan, mencari mood untuk bercerita bukan senang, seperti memetik jari sambil mengadap bulan. 

#RemajaPurba: ...

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...