Followers Remaja Purba

Tuesday, December 15, 2020

Cuti Sakit yang panjang


Aku cuti sakit dengan blog ni pun turut cuti sakit..
Jadi, aku cuba update apa yang tertinggal.


DAY 237 (09 November 2020 - Isnin)  
Hari ini hari terakhir sebelum aku bercuti panjang.. 😂
Hari ini juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 6 Disember 2020Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 telah dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November 2020.


DAY 238 (10 November 2020 - Selasa)  
Alhamdulillah..
Aku telah selamat menjalani pembedahan kecil pada tangan kanan berkaitan trigger finger. Kisah mengenainya ada di SINI..

Selesai pembedahan..
'Tak sakit kan.. macam kena gigit semut je kan..?' Doktor yang membius jari tangan aku mengusik aku.. 😂

Pengalaman berada di dewan bedah:
Takut + teruja sebab kali pertama.. biasa hanya menonton drama kesukaan aku 'The Resident'.

Terima kasih kepada doktor yang team yang bertugas..
Terima kasih kepada mySIL kerana menjaga batalion kecil kami..
Terima kasih kepada en. Hubby sebab menemani, dia yang lebih gemuruh, berdebar-debar dalam hati.. 😂


DAY 239 (11 November 2020 - Rabu)  
Cuti Sakit..
Berehat sepenuhnya tanpa gangguan..



DAY 240 (12 November 2020 - Khamis)  
Hari kedua cuti sakit, bekerja dari rumah (WFH)


DAY 241 (13 November 2020 - Jumaat)  
Kembali ke hospital untuk bukaan balutan pada tangan kananku. Alhamdulillah.. luka jahitan nampak ok dan tidak berair. Jahitan pula akan dibuka pada 24 November ini. Sementara itu kenalah lebih berhati-hati dalam segala pergerakan.


DAY 242 (14 November 2020 - Sabtu)  
Tak usah nak buat muka jambu cenggitu.
Siapa suruh berak dalam bilik ibu 😠😠😠
Babah kau pulak hati tisu, cakap jangan bagi masuk rumah, bangun pagi elok je melepek sebelah aku.

Pada siapa aku nak marah ni.. 😠


DAY 243 (15 November 2020 - Ahad)  
-Off Record-

DAY 244 (16 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-

DAY 245 (17 November 2020 - Selasa)  
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor bermula 17 November hingga 30 November.

Terkini:
PKPD di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor disambung sehingga 14 Disember 2020. Ini berikutan masih terdapat kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kawasan berkenaan.


DAY 246 (18 November 2020 - Rabu)  
-Off Record-

DAY 247 (19 November 2020 - Khamis) 
 -Off Record-

DAY 248  (20 November 2020 - Jumaat)  
-Off Record-

DAY 249 (21 November 2020 - Sabtu)  
-Off Record-


DAY 250 (22 November 2020 - Ahad)  
Ahhh.. Aku tak kira..
Aku nak cerita jugak..

Situasi:
#BabyWe yang drive, aku jadi mem dekat sebelah.

Kami baru je masuk parking, lepas tu ada sebuah kereta masuk parking sebelah kami, kali pertama masuk dia reverse balik sebab rapat dekat kereta kami, kali kedua reverse oklah ikut SOP. TAPI..

Aku tahu kak, kau lari ke pasaraya depan tu sebab nak elak hujan tapi usahlah kau bukak pintu kereta, gedegang kena kereta kami. Ikutkan.. Dah elok ikut SOP laki kau parking kereta tu 😕 Terkedu kami dalam kereta sambil tengok akak tu berlari ke pasaraya depan tu tanpa menoleh.

Damn..! Kenapa aku tak hon je tadi 🤦‍♀


DAY 251 (23 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-


DAY 252 (24 November 2020 - Selasa)  
'Alah.. Sikit je, dua jahitan je..' ketika jahitan dibuka di hospital pagi tadi.
Alhamdulillah luka jahitan beransur baik tapi yang tak baiknya jari sekitar ibu jari membengkak, sakit pulak tu.

Owh!Aku lupa.. Kelmarin join anak-anak berbasikal tak hengat jari belum baik. Padan muka.


DAY 253 (25 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-

DAY 254 (26 November 2020 - Isnin)  
-Off Record-


DAY 255 (27 November 2020 - Jumaat)  
Ah.. Aku tak kira..
Nak cerita jugak..! Ni baru je jadi..

BJT 4**6 langgar cikPutih waktu dia reverse kenderaan keluar dari parking. Takkan tak nampak..??

Memanglah cikPutih cedera sikit je tapi parking beb.. Parking..! Bukan tengah jalan..!

Dahlah mood aku kelaut, kau tambah perisa lagi. Eh!Memang mengundang buah kundanglah. Ni elok² aku WFH terus jadi WTH..!

Hari tu pintu depan, hari ni bucu kiri belakang cikPutih pulak kena.. 😤


DAY 256 (28 November 2020 - Sabtu)  
-Off Record-


#KisahKita: Nanti aku sambung lagi..

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...