Followers Remaja Purba

Saturday, April 17, 2010

Panic

16 APRIL 2010 (Jumaat)

Malam: Lokasi di rumah.

Sedang aku nak mandi, tiba-tiba aku dengar ammar menangis (terus teringat kisah masa ammar kena air panas dulu), dengan suara tangisan sakit aku buka pintu, dia terus terpa menangis terbaring atas tilam sambil pegang telinga.

Mula-mula aku tak perasan tapi bila aku tengok dia semacam terus aku check telinga dia, ya Allah! Ada putik kapas. Apalagi paniklah aku dan sempat aku bebel kat kakak Irah (patutnya aku marah hubby sebab dia careless letak merata-rata, aku pun tak perasan sebab biasanya lepas guna hubby terus dalam tong sampah) - anak-anak tak pernah berpeluang nak guna benda tu.

Ammar meronta-ronta tapi aku dapat keluarkan putik kapas tu, tengok pula kat putih tu penuh darah dan ammar masih meronta-ronta sakit + melangis, darah pun ada menitik atas tilam walaupun tak banyak.

Apa aku nak buat ni? Hubby on the way ke JB, dalam panik tu aku masih sempat call Poliklinik An-Nisa, syukur belum tutup dan doc. masih ada di klinik dan lagi bernasib baik aku ada simpan no. telefon klinik tu. Bersyukur sangat-sangat.

Capai apa yang sempat. Dua-dua menangis, sorang menangis sakit, sorang menangis sebab kena pukul-pukul sayang.

Doctor di Klinik memang dah standby, aku je yang panik lebih. Doc check keadaan dalam telinga ammar. Takde pape cuma luka di bahagian dinding telinga, darah pun dah berhenti, cuma jangan bagi masukkan air @ apa-apa dalam telinga ammar untuk seminggu dua ni dan doc bagi ubat titik untuk telinga serta antibiotik.

Hubby call tanya gegendang telinga anak ok tak? Ammar ok takde pape, kakak pun tak menangis dah. Dua-dua dah ok.


Itulah cerita malam tadi.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...