Followers Remaja Purba

Thursday, March 25, 2010

cerita express

20 – 25 MAC 2010 (Sabtu – Khamis)

Sabtu + Ahad:
Weekend cuma ke pasar pagi Shah Alam, dapatlah laksam yang aku idam-damkan, teringin punya pasal aku beli sampai 2 bungkus.


Isnin: Lawatan ke PPUM (Klinik Surgeri)
Urusan berkala setiap 3 bulan sekali, kali ni Dr. Margaret dan anak-anak didiknya pun ramai, jadi remailh yang membelek si ammar, ammar dah jadi malu-malu arnab, sorokkan muka.

Next appointment is 21 Jun 2010.


Petang:
Kali pertama terjadi dalam hidupku, terkejut dan risau masa tu. Tak dapat call hubby sebab hp dia problem. Geng R.E.P.O tanya mana hubby sebab nak ambil kereta. Kalau tak silap aku, aku cuma lewat sebulan cuma 2 bulan kebelakangan ni aku bayar guna mesin dan mungkin lambat update dalam system bank jadi diorang ni nak ambil kereta ni, aku terpaksa guna orang tengah - Botak pak Itam tapi bila dikenang-kenangkan balik, mamat yang tahan aku tu lebih kepada nak duit kopi (baca: kalau bagi duit sikit jadi diorang takkan ambil kereta). Bila dah masuk campur member hubby, dengan muka penuh bengang diorang blah. Menurut cerita member hubby, budak-budak tu dah kena sound dengan satu lagi geng R.E.P.O pasal kereta tu.


Selasa:
Gara-gara kes tu seluruh badan aku terkejut termasuk otakku ini. Sepanjang hari aku kat rumah, memang aku tak larat nak pandu kereta.


Rabu:
Sepanjang hari aku sibuk. Bz - sibuk - bz - sibuk sampailah kat rumah baru dapat rehat sebab malam ni hubby pergi Ipoh dan dengan rela hati hubby masakkan ayam masak kari untuk menu malam tu.


Khamis:
Pagi ni aku terus ke bank untuk clearkan payment miss Kelly tu. Kalau boleh diulang tayang mahu aku sembur mamat tu. Ada ke dia kata aku tak bayar kereta tu dekat 4 bulan, sedangkan cuma tertunggak tak sampai 3 bulan, lepas ditolak cuma sangkut sebulan lebih je, gila!! serius… stupid aku rasa masa tu!

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...