Followers Remaja Purba

Thursday, March 4, 2010

aku dan anak-anak

03 MAC 2010 (Rabu)

PAGI:
Medical check up untuk ammar di PPUM. Kali ni ada student praktikal yang akan entertain ammar, Lily pula sebagai pemerhati, dari tadi ammar memang tak sabar nak jumpa Lily hinggakan dah tak reti nak dendiam, lepas Lily perkenalkan student praktikal tu, ammar terus senyap, tadi bukan main over excitednya.

Kali ni dia pulak yang tunjuk ajar kat kitorang, belum habis sesi latihan yang ni, dia ajak main yang tu pula, tak senang duduk dibuatnya tapi enjoylah pagi tu.


Muka ammar yang selamba.

Next appointment - 30 Mac 2010 (8.30 am)


Hari ni aku cuti, pukul 3 pm dah sampai rumah. Hubby pula sampai awal sebab malam ni ada meeting AJK TDBi, anak-anak sempatlah bermanja sekejap.


Kakak leka dengan kerja sekolahnya.


Malam:
Aku dah mula sakit kepala nak selesema dan batuk, tak puas tidur, badan pun dah mula dedo, hubby tak bagi kerja tapi sebab kakak kena sekolah, aku kuatkan juga hatiku. Ammar pun tak sihat, dah dua kali dia muntah, minggu lepas kakak Irah, kena pulak sekarang musim panas.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...