Followers Remaja Purba

Tuesday, May 12, 2009

Klinik Surgeri, Menara Utama, PPUM

11 MEI 2009 (ISNIN)

Hari ni aku dan hubby bawa adik pergi Klinik Surgeri, Menara Utama, PPUM untuk rawatan susulan tangan kanan adik. Doctor hanya nak tengok keadaan tangan adik, ada perubahan atau tak. Kemudian lagi 3 bulan datang balik tapi untuk rawatan pemulihan tangan adik memang kena pergi. Ini tengoklah dalam sehari dua ni sebab memang nak kena pergi buat glove yang baru pastu nak tukar pelapik khas yang baru. Glove adik tu memang patut kena tukar every 3 months - at least ataupun kalau dah rasa sendat sangat atau tak muat kenalah tukar yang baru. Tak sempat lagilah nak pergi buat glove tu, sabar ye dik. Adik memang kena pakai benda tu kalau tak parut kat tangan dia makin tebal, kesian tapi dalam masa yang sama untuk kebaikan dia juga.

Aku memang dah apply cuti awal-awal lagi takut jadi macam hari tu sampai terpaksa EL. Alhamdulillah urusan di PPUM tak lama, pukul 11.30 am aku dah ada kat office dah. Lega tak payah nak cuti.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...