13 Mac 2026 - Jumaat [23 Ramadan 1447H]
Dulu masa zaman bujang, aku dah hidup susah. Mak ayah aku pun orang susah. Aku membesar dengan serba sederhana tapi itu cukup mengajar aku macam mana rasanya hidup menahan banyak perkara. Sekarang umur pun makin meningkat. Takkan masih lagi nak hidup dalam kesusahan yang sama? Tak penat ke asyik hidup susah?
Bukan aku mengejar untuk jadi kaya. Cukuplah kalau sekurang-kurangnya bila nak beli sesuatu, aku mampu beli tanpa perlu terlalu banyak berfikir atau menahan diri.
Nak suruh sabar.. aku pernah berada di tempat itu. Pernah melalui hari-hari yang terasa begitu penat. Pernah juga sampai ke tahap rasa sesak di dada — seolah-olah arteri ini tak cukup besar untuk memberi ruang bernafas, hanya kerana kau! Ada luka yang orang nampak kecil tapi bagi aku yang menanggungnya.. setiap hela nafas pun terasa berat.
Alhamdulillah.. di tengah persiapan dan debaran menjelang hari raya, aku menerima satu berita gembira — En. Hubby akan kembali bekerja, walaupun bukan di tempat yang sama seperti sebelum ini. Moga langkah baru ini membawa perubahan yang lebih baik dan membuka jalan yang lebih positif untuk masa depan kami.
Kadang-kadang Allah tidak mengembalikan kita ke tempat lama kerana Dia sedang menunjukkan jalan yang lebih baik daripada yang pernah kita rancang.
Moga Allah mudahkan setiap langkah selepas ini.
Percaya setiap yang Allah atur pasti ada hikmah yang lebih indah.
Tak apa bermula semula. Asalkan kali ini, jalannya menuju hidup yang sedikit lebih lapang dari sebelum ini.
#RemajaPurba: Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban aku..
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki saya doakan. Insyallah setiap usaha dan doa itu pasti ada balasan yang akan diberikan.. amin
ReplyDeletebetul tu samalah Ana pun dari fmly yg dari dulu bljr hidup susah dari kecik.. mmg bljr menahan byk kenginginan sbb yelah kita bukan org sng.. wahh syukur alhamdulillah moga encik suami akak dipermudahkan urusan di tmpt kerja baru nanti aminnnn
ReplyDelete