27 Mac 2026 - Jumaat [7 Syawal 1447H]
#RemajaPurba: ..
Jumaat — minggu pertama Syawal..
Aku masih di rumah, menikmati sisa-sisa cuti bersama anak-anak. Suasana tenang begini buat aku belum ada keinginan untuk kembali ke rutin kerja. Rasa macam nak panjangkan lagi waktu rehat yang ada.
Selagi masih dalam mood bercuti, aku pilih untuk berehat sepenuhnya — mengumpul tenaga, tenangkan fikiran, lapangkan dada. Sebab aku tahu, bila kembali nanti, aku perlu berdepan semula dengan kesibukan kerja dan pelbagai ragam manusia yang kadang-kadang menguji emosi.
Rehat ini bukan bermakna lari tapi cara aku kumpul semula kekuatan.
#RemajaPurba: ..
Salam Aidilfitri sis... selagi ada masa berehat, rehat cukup-cukup sis...
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat
ReplyDelete