Followers Remaja Purba

Saturday, June 21, 2025

WELCOME HOME MIN YOONGI - BTS IS BACK


21 Jun 2025 - Sabtu (24 Zulhijjah 1446H)

- Gambar dari en. Google -
Lengkaplah ahli kumpulan BTS selepas hibernated hampir dua tahun sejak dari tahun 2022

'No special events are planned on the day of SUGA’s discharge. Overcrowding can pose safety risks, and we sincerely request our fans not to visit the sites in person. Please convey your warm regards and encouragement in your hearts. We are always grateful for your unwavering love and support for SUGA. Our company will continue to put our utmost effort into supporting our artists. Thank you once again for your continued love and support for BTS'.


SUGA IS BACK


Welcome Home Yoongi


Macam aku kata di [SINI], aku bukan peminat fanatik tapi aku pun turut sama teruja untuk mengetahui jadual mereka selepas ini. Selepas ini bermulalah kesibukan mereka yang tak terjangkau dek fikiran. Dengan rutin yang dah tentu padat hanya demi peminat.

- sumber en. Google -


@RemajapPurba: Life as it should be.. completely 7

Friday, June 20, 2025

IKHLAS ITU BETUL TAPI BILA MELIBATKAN KERJA..


20 Jun 2025 - Jumaat (23 Zulhijjah 1446H)

Lumrah dunia pekerjaan.
'Kita buat dengan ikhlas padaNYA'.
'Ikhlas tu betul tapi ini melibatkan kerja, dia kena buatlah'.


Aku cuba menahan diri dari menaip yang bukan², menambah dosa, jahanam jadinya. Ini pun cara Allah nak uji hati aku. Bukan dia yang diuji tapi aku yang teruji.

Work as if you've paid, expert nothing and never trust an employer's sweet promises.
Jangan letak harapan tinggi sangat, nanti jatuh kau juga yang sakit tetapi jika sakit, ambil cuti sakit. Tak perlu nak pentingkan kerja itu berbanding kesihatan diri. Jangan terlalu berbangga yang kau mampu bekerja ketika dalam keadaan tidak sihat. Jangan terlalu banyak mengorbankan diri sendiri untuk orang lain.

Boss memang menghargai mereka yang bekerja dengan baik tetapi beliau tidak akan menunjukkannya kepada kita secara langsung. Kita hanya akan sedar apabila tiba masanya. boss akan memilih kita atas kemajuan dan usaha kerja yang telah kita tunjukkan. Dapat boss sebegini, hargailah sebaiknya.

@RemjaPurba: Kita dianugerahkan dengan akal, gunakanlah sebaiknya.

Thursday, June 19, 2025

DEBARAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


18 Jun 2025 - Rabu (21 Zulhijjah 1446H)

Alhamdulillah.. tahniah buat dak Adik..
Keputusan telah pun diketahui tetapi dak Adik belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menerima atau tidak. Sedang berkira-kira pro and con yang mana menjadi pilihan hati. en. Hubby nak dia masuk ke tempat A, aku pulak nak dia masuk ke tempat B. Maka, dak Adik dalam dilema nak penuhi permintaan ibu atau babahnya.

Dak Kakak..?
Dah tentu gembira bila keputusan UPU diketahui. Mulalah deme berdua chit chat bergossip berdua takmo kongsi dengan aku.. haha..

Dak Nuha..?
Untuk dua hingga tiga tahun berikutnya ni akan keseoranganlah di rumah. Takde geng Tom and Jerry.
'Nampaknya ibu pergi kenduri pun Nuha kena ikutlah kan..?' Macamlah tiap-tiap minggu ada jemputan kenduri. 

Aku dan en. Hubby..?
Biarlah dak Adik buat keputusan tanpa dipengaruhi oleh kita. Bukan sekadar program yang dimohon tetapi dia kena fikir dan rancang mana yang terbaik untuk dirinya. Kita lorongkan jalan tapi biar dia yang pilih.

Ya!Allah.. kau bantulah hamba-MU ini dalam membuat keputusan terbaik tanpa ada yang merajuk atau bermasam muka. Moga semuanya berjalan dengan baik dan moga segalanya dipermudahkanNYA.


@RemajaPurba: Aku susah hati..

Monday, June 16, 2025

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN melalui UPUONLINE 2025

 
16 Jun 2025 - Isnin (19 Zulhijjah 1446H)

Semakan keputusan permohonan melalui UPUONLINE boleh dibuat mulai 16 Jun 2025 jam 12.00 tengah hari melalui pautan di [SINI]


Aku..?
Bila dah cuba ke pautan tersebut, terus dok 'loading' dari tadi.
Tak apalah.. malam nanti cuba lagi. Harap sistem tu tak merajuklah kena kerja lebih masa.. hehehe.. 

@RemajaPurba: ..

Friday, June 13, 2025

BTS - WE ARE BACK

 
11 Jun 2025 - Rabu (14 Zulhijjah 1446H)

Bukan sekadar peminat di Korea Selatan sahaja yang menunggu, malah peminat dari seluruh dunia turut menunggu ahli kumpulan BTS menamatkan latihan ketenteraan mereka. Hanya seorang sahaja lagi iaitu Min Yoongi akan menamatkan tugas sebagai pekerja perkhidmatan awam pada 21 Jun 2025 ini. Selepas itu lengkaplah tujuh orang ahli kumpulan BTS selepas hibernated hampir dua tahun sejak dari tahun 2022. 

Song Name: As Long As You Love Me (BSB)
- Sumber dari en. Google -

HYBE building on BTS Anniversary
HYBE building on BTS Anniversary

2023: BTS Presents Everywhere
2024: 아포방포 (APOBANGPO = ARMY Forever BTS Forever)
2025: WE ARE BACK

Kawasan berhampiran HYBE building menjadi sangat meriah dengan kehadiran peminat yang mengambil peluang menunggu kepulangan mereka. Restoran, cafe pasti sibuk menerima jumlah pelanggan yang ramai. Ini secara tak langsung memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan. Rezeki deme..

'2025 BTS FESTA'
bakal diadakan pada 13 dan 14 Jun 2025
di Dewan Pusat Pameran Kedua KINTEX, Goyang, Wilayah Gyeonggi


Aku..?
Bukanlah peminat fanatik tapi seperti mereka yang lain, tak sabar menanti detik bersejarah apabila semua ahli kumpulan BTS bersatu dan memulakan kembali perjalanan muzik mereka.

Dahulu..
Sikit pun aku tak peduli dengan dunia KPop..

Sekarang..
Aku pulak lagi over dari dak Nuha.. hahaha..

Aku suka lagu ni
'like an echo in the forest'.. 'like an arrow in the blue sky'..
Life Goes On - BTS
- Sumber dari HYBE Labels - Youtube -


@RemajaPurba: - Sumber gambar dari en. Google -

Friday, June 6, 2025

HARI RAYA AIDILADHA

 
06 Jun 2025 - Jumaat (09 Zulhijjah 1446H)

Jalan raya semakin lengang, ditambah pula masih dalam musim cuti persekolahan penggal pertama. Ramai yang telah mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Aku..?
Pagi raya akan beraya di rumah mertua sebelum pulang ke kampung aku di selatan tapi aku masih lagi belum sembuh sepenuhya walau telah hampir seminggu tidak sihat sejak dari [SINI]. Persiapan raya pun tiada lagi, cuma petang ini aku akan hantar dak Jasmine ke hotel penginapannya. Tak bawa balik kampung? Tidak.. biar ia tenang-tenang di situ.

Buat semua..
Selamat Hari Raya Aidiladha dan moga urusan dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: Cukuplah sibuk dengan apa yang menjadi tanggungjawabmu, selebihnya abaikan.

Tuesday, June 3, 2025

PERGI KLINIK KENA SCAM - DEMAM TERUS KEBAH


01 Jun 2025 - Sabtu (5 Zulhijjah 1446H)

Kena scam dengan orang
Kena scam dengan diri sendiri [your body betrayed you]


Penyakit pun tahu takut dengan doktor..
  • Bila di rumah, badan macam boleh masak telur dia punya panas tapi bila sampai klinik.. lah..
  • Batuk macam nak terkeluar anak tekak, tapi bila di klinik, nak batuk pun segan?
  • Sakit kepala migrain punyalah teruk, tapi bila di klinik, rasa sakit tu ada tapi tak seteruk waktu di rumah.
  • Badan ni macam ada agenda sendiri. Di rumah punyalah teruk tapi bila sampai klinik terus jadi sihat macam atlet Olimpik.
  • Bila doktor ada tanya makan ubat tak? Ada.. makan paracetamol, kalau tak, macam mana nak pandu kereta datang klinik.
  • Penyakit pun tahu takut dengan doktor, takut kena cucuklah tu.. auto kebah badan jadinya.

Aku..?
Akhirnya, hari ketiga terpaksa menyerah kalah, bukan kerana tak mampu nak melawan rasa tak sihat ni tapi memikirkan macam mana nak kerja jika kesihatan masih belum pulih. Bila dah masuk kategori Remaja Purba ni, nak buat perkara gila pun kena fikir pro and con nya dulu. Dulu sakit walau nak tumbang pun, kerja masih kuat lagi tapi sekarang jangan cari pasal. Tak mahu aku tidur di katil hospital lagi seperti di [SINI]. 


Hari ini.. 
03 Jun 2025 - Selasa (7 Zulhijjah 1446H)

Selagi kita ni sihat, majikan kita akan jaga dan hargai kita tetapi bila kesihatan kita dah tak baik, kerap sakit, di situ kita boleh lihat majikan kita macam mana. Tak semua majikan ni nak ambil berat tentang kita.

Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan, badan masih lagi belum cukup kuat untuk meneruskan khidmat bakti di tempat kerja. Esok dah ok, kerja sebaik mungkin, kerja serajin mungkin.

@RemajaPurba: Moga cepat sembuh hendakNYA..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...