19 Mei 2025 - Isnin (21 Zulkaedah 1446H)
AMANAH..
Kalau kita fikirkan amanah kita takkan berani buat sesuatu yang berlebih-lebihan. Kerja kita jadi lebih indah sebab komunikasi, momentum awal, kerjasama, bertanya pada yang tahu. Niat dari awal, pasakkan dalam diri kita dapat teruskan fokus kita.
Kalau kita fikirkan amanah kita takkan berani buat sesuatu yang berlebih-lebihan. Kerja kita jadi lebih indah sebab komunikasi, momentum awal, kerjasama, bertanya pada yang tahu. Niat dari awal, pasakkan dalam diri kita dapat teruskan fokus kita.
Sebagai contoh:
Orang yang minat memancing, macam mana dia boleh sabar dengan mata pancing dia. Dari mula dia boleh bersabar sebab dia memahami apa yang dia nak buat.
Bagaimana kita nak motivate diri kita bila kita berhadapan dengan cabaran/dugaan yang begitu besar, yang perlu kita tanggung tapi itu tanggungjawab kita. Sampai satu masa tu kita tak boleh buat dah. Macam mana kita nak motivate balik diri kita?
Berbalik semula kepada Allah.
- Kita diuji kerana Allah sayangkan kita. Motivasi paling sesuai terpulang pada diri masing-masing. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.
- Orang yang bijak sentiasa nampak pada jalan penyelesaian masalah, bukan nampak masalah pada setiap jalan sebab itu silaturrahim nak kena jaga. Cari kawan yang boleh bantu kita.
- Syamsul Debat -
==============================================
Jadi profesional supaya tenang di tempat kerja.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam
- Proaktif
- Teliti
- Kreatif
- Berinisiatif
- Berintegriti dalam melaksanakan tugas
- Berasa bangga dengan apa yang dilakukan
- Bersedia memberikan kerjasama dan muafakat
- Setia dengan organisasi
- Hubungan yang mesra dengan orang sekeliling seperti pelanggan, rakan sekerja dan ketua
Pada peringkat individu, ia mampu meningkatkan tahap kesihatan, prestasi kerja, aktiviti memolong orang lain, motivasi, kerjasama dan 12% lebih produktif. Ia juga mampu mengurangkan tingkah laku tidak produktif, mengurangkan kemurungan, kebimbangan, stress melampau dan tidak hadir bekerja.
So.. Let's work together, tak perlu berdendam dengan majikan atau burn the bridge. Move on je dan kalau rasa tak boleh juga, cari kerja lain.
@RemajaPurba: Faham dengan tugas kita maka fokus momentum awal kita akan berterusan.
yup..kerja kena profesional...masalh personal letak tepi...semoga ceria2 selalu di tempat kerja
ReplyDeleteKerja kalau buat dengan hati, memang boleh jadi terapi.
ReplyDeleteTapi kalau datang dengan dendam dalam kopi pagi, alamatnya... stress la sampai punch card pun menangis! 😂
Setuju sangat, profesional tu bukan berlagak, tapi bijak kawal emosi dan hala tuju.
Yang penting, jangan lupa recharge dengan iman dan teh O suam. ✨💼
Betul tu, semua kerja pun kena professional.
ReplyDeleteSebelum kaki melangkah masuk ke pagar, selalu tekad dalam hati, kerja kerana Allah. Be positive.
ReplyDeleteTak dendam dengan majikan sebab mungkin salah sendiri.. tapi kesannya ingat sampai mati 😅
ReplyDeleteJika ingin pekerjaan itu menyenangkan, maka senangilah pekerjaan itu. Atau lakukanlah dengan ikhlas...
ReplyDeleteSaya salah fokus ke jumlah postinganya dari 2009 pantesan nama user blog nya MakBudak a.k.a RemajaPurba ternyata sepuh blogger ya, salam kenal dari di indonesia 😅
ReplyDeletebetul tu, kalau rasa terbeban & stress stiap hari di tempat kerja, berhenti je kerja & cari kerja lain atau keluar dari comfort zone situ..
ReplyDeleteBetul itu kerjasama dan saling tolong-menolong.
ReplyDelete