Followers Remaja Purba

Wednesday, June 19, 2024

Doktor Minta Keluarga Bersedia


17 Jun 2024 (Isnin) - 10 Zulhijjah 1445H

Hari Raya Aidiladha..
Kali ini, en. Hubby tidak dapat bersama meraikan sambutannya kerana tuntutan kerja. Dak Kakak pula tidak dapat balik, berayalah diperantauan. Aku hanya ditemani oleh dak Adik dan dak Nuha beraya di rumah myMIL.

Sambutan raya kali ini tidak meriah seperti tahun lepas - di SINI.. Memandangkan myMIL baru keluar dari hospital Jumaat lepas, maka kami tidak benarkan beliau sibuk di dapur, semua menu disediakan oleh anak-anak myMIL.


18 Jun 2024 (Selasa) - 11 Zulhijjah 1445H

Khabar duka..
Minggu lepas, suami akak jiran sebelah rumah kami dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat. Di hospital, doktor telah memasukkan dos ubat paling tinggi dan beliau terpaksa ditidurkan. Sehingga semalam, keadaan beliau masih belum tiada perubahan.

Assalamualaikum,
Saya isteri Pak Ya,
Mohon andai ada salah silap dia pada kalian, mohon maafkan. Keadaan dia makin kritikal.
Dr minta bersedia. Maafkan dia ya.
- mesej malam tadi -

Sehingga pagi ini, masih belum ada berita terkini yang dikongsikan. Doa yang baik-baik mengiringi.. InsyaAllah.. dan moga semua urusan dipermudahkanNYA.. Aamiin..

#RemajaPurba: ...

Wednesday, June 12, 2024

TANPA PASSPORT ke KOREA SELATAN

 
Dulu.. 2020..
Suka sangat bila dapat jumpa Lee Min Ho, kalau tak di dunia moden, mesti dapat jumpa balik masa lampau. Ada sekali tu siap dapat jumpa mermaid lagi.

THE KING: ETERNAL MONARCH
Tapi waktu ni, 'flight' aku asyik delay, jadi jarang dapat jumpa Lee Min Ho setiap minggu

- sumber en. Google -


Sekarang.. 2024
Berjaya ulang-alik sebanyak 16 kali ke Korea Selatan tanpa sebarang sekatan. Pakej tiket pergi balik hari dan dapat bertemu 'peguam' terkenal Kim Soo Hyun lagi.

QUEEN of TEARS
Suka tengok permainan emosi Kim Soo Hyun di dalam drama ini

- sumber en. Google -



-Pesan-
Buat mereka yang tengah susah, aku doakan urusan kau dipermudahkanNYA.
Buat mereka yang pernah susahkan aku, aku doa urusan kau dipermudahkanNYA jugak.

Kadang-kadang kita ni bukanlah benci sangat kat orang, cuma kita geram..

#RemajaPurba: ...

Friday, June 7, 2024

Kudrat Perempuan vs Lelaki


Kudrat seorang perempuan tak sama dengan lelaki

Kalau demam teruk, orang perempuan boleh bangun masak, membasuh, mengemas, pergi bengkel kereta, urus anak-anak tapi kalau lelaki demam, terus auto jadi baby. Dia punya sakit tu mengalahkan perempuan bersalin anak sulung melalui pembedahan dah rupanya. Kaki tangan tiba-tiba seperti hilang fungsinya. 

Kari Ayam
Taugeh + Tauhu goreng

Aku..?
Berterima kasih pada en. Hubby kerana beliau masih larat untuk ke pasar membeli bahan mentah dan seterusnya masak untuk makan tengahari. Doktor bagi cuti sakit kepada en. Hubby bukan kerana demam tapi disebabkan  sakit kaki.

Aku..?
Alhamdulillah rezeki MakBudak. Tak payah terkejar-kejar balik kerja memasak. Terima kasih #ChefHubby, ringan sikit kerja MakBudak hari ini. Tapi.. memang betul, bila datang tak sihatnya, auto jadi baby we (baby tua).. kita pulak geram melihatnya.

#RemajaPurba: ...

Wednesday, June 5, 2024

HOMESTAY WAK GINTONG, KAMPUNG OLAK LEMPIT


01 Jun 2024 - Sabtu (23 Zulkaedah 1445H)

Satu percutian singkat family MIL yang diuruskan oleh mySIL telah diadakan di Homestay Wak Gintong. Kali ini myFIL dan myMIL turut sama memeriahkan suasana tetapi aku cuma dapat hadir selepas en. Hubby pulang dari kerja. Hampir tengah malam baru sampai di homestay ini. 

HOMESTAY WAK GINTONG
Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor
Boleh Hubungi: 012-930 9821 (Wak Gintong)


Tak susah mana pun untuk ke homestay tersebut tapi disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, terus terlajak masuk ke taman perumahan sebelahnya. Waktu malam tak nampak signage ni sebab kedudukannya sedikit ke dalam dari jalan besar.

Aku  masih lagi di rumah ketika deme sibuk dengan aktiviti yang dirancang.

Homestay ni sangat sesuai untuk aktiviti sukaneka family kerana kawasannya sangat luas, parking pun banyak. Motif utama percutian singkat ini kerana adanya kolam renang. 

Asam Pedas Ikan Jenahak yang dimasak oleh myMIL

Ada dua kolam dewasa dan kanak-kanak

Luas kawasannya.. kiri, kanan, depan dan belakang.

Nak main bola jaring/keranjang, sebelah kanan bahagian belakang - tiada bola disediakan.
Nak main ping pong sebelah kiri, mejanya kami tarik bawa ke bahagian hadapan - bet dan bola ping pong disediakan tapi aku bawa aku punya sendiri. Dah lama tak main sebenarnya.

'Abang.. kita nak buat apa dekat sini?'
'Dah nama bercuti, rehat jelah..'

Aku tak turut serta terjun kolam tapi terjun atas katil. Puas tidur + tiada mood langsung nak join.

===================================

03 Jun 2024 - Isnin (25 Zulkaedah 1445H)

Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Keputeraan YDP Agong.
Menghantar dak Kakak pulang ke luar negeri.

====================================

05 Jun 2024 - Rabu (27 Zulkaedah 1445H)

Semalam aku cuti, ada urusan yang perlu diuruskan. Hari ini kembali bertugas.

'Memang kena masuk balik realiti kehidupan ke lepas cuti ni? Tak boleh cuti sampai hujung tahun?'

Boleh je tapi pinjaman perumahan, kereta, bil elektrik, air, penapis air semua menanti. Itu belum lagi kalau ada binatang peliharaan. Lainlah kalau ada unlimited income, boleh lajak cuti tu sampai hujung tahun tapi disebabkan limited income, kenalah sedar diri, back to reality and focus on real life stuffs..

#RemajaPurba: Back To Reality..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...