Followers Remaja Purba

Tuesday, August 15, 2023

Pilihanraya Negeri #PRN 2023


12 Ogos 2023 - Sabtu

Kronologi mengundi:

  • Ikut saluran betul, beratur dan bila dipanggil masuk, bagi salam, hulur kad pengenalan, sebut angka giliran (kalau ingat untuk mudahkan petugas), turunkan sedikit face mask sebagai bukti wajah yang sama seperti di dalam kad pengenalan. Ok yang ini sebenarnya tak perlu tapi aku buat juga (waktu PRU hari tu deme minta, yang PRN ni aku buatlah walau tak diminta). 
  • Ambil kertas undi dan bergerak ke tempat yang disediakan dan tanda X di ruang yang disukai, bukan yang dibenci. Kalau ragu² tak tahu nak pilih mana satu, tanda je X buat kedua² tapi itu akan dikira sebagai undi rosak ye. Ingat.. Tanda ❌ bukan ✔️.
  • Selesai tanda, masukkan kertas undi di dalam peti undi yang ada.
  • Ucapkan terima kasih, kemudian keluar dan berjalan balik. Sambil jalan tu, bolehlah ambil gambar.. 'Saya sudah, anda bila lagi'.. 😄
  • Balik rumah cepat² cuci sebab aku geli. Berapa ramai dah celup dalam botol dakwat undi.. 😥


Bersedia untuk beratur.

Tak ramai orang dan tak sempat berpeluh pun waktu beratur.

Sampai ke hari ni (15 Ogos 2023) masih belum hilang lagi kesannya

'Saya Anak Malaysia'


Oh.. Lupa satu langkah di awal tadi:
  • Waktu nak celup jari, aku tunjuk semua jari, nah.. nak yang mana satu. Hanya jari telunjuk je yang boleh, jari tengah tak boleh. 🤣


TAHNIAH:
Buat semua yang menang kerusi undi, ingatlah jasa semua pengundi, tanpa kami, kamu tidak akan berada di 'atas kerusi'. Jalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Jangan kerek, jangan sombong, netizen memerhati, jangan buat kesilapan yang boleh memakan diri sendiri.


#RemajaPurba: Selingan..

Jimin BTS..

2 comments:

  1. Moga Malaysia terus maju, aman, cemerlang

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang berwibawa ✅

    Moga yang menang terus Ikhlas menjaga kebajikan rakyat . 🤩

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...