Followers Remaja Purba

Wednesday, October 20, 2010

KLINIK DAN SAMBUTAN HARI LAHIR


19 OKTOBER 2010 (Selasa)

Balik kerja aku bawa kakak Irah ke klinik - sakit gigi. Dua batang gigi depan dah goyang disertai nak tumbuh gigi kekal. Dekat gigi geraham pula berlubang, itu yang sakit berdenyut-denyut.

Aku minta kakak Irah buat muka menahan sakit gigi, dia tanya mcm mana ibu?
Alahai anak..



20 OKTOBER 2010 (Rabu)

Happy birthday to Kak Liza and Happy belated besday to Aty. Moga panjang umur murah rezeki.

Murah sebab guna kad k.Yanz, aku keluar pergi beli dengan Sue Azim di King's.

Tuesday, October 5, 2010

Open House Rumah kami


03 OKTOBER 2010 (Ahad)

Tarikh yang sama cuma tahun yang berlainan, satu kebetulan masa aku buat open house. Bagi tahun 2010 ni, aku tak rancang sebenarnya nak buat atau tak kerana aku baru je balik dari kursus di Cherating.

Kali ni, hubby yang rancang semua, aku bagi tarikh dan jemput rakan di tempat kerja, yang lain hubby uruskan. Aku memang bercadang tak nak buat macam tahun lepas, penat nak kemas luar dalam rumah - dan inilah hasilnya. Itupun dah penghujung majlis baru nak ambil gambar. Mana taknya dari awal aku memang tak cukup kaki+tangan, nasib baiklah pengasuh anak-anak dan family datang jadi pengasuhlah yang sibuk tolong bantu didapur (pagi tu jiran kat rumah pun ada datang tolong).


Menu:
kambing masak kari, ikan masin, tempe goreng, ulam-ulaman, buah dan air.



Penghujung Majlis


Penutup:
Terima kasih pada team TDBi yang sama-sama bertungkus-lumus membantu hubby dalam menjayakan majlis rumah terbuka kami untuk tahun 2010 ni.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...