Followers Remaja Purba

Wednesday, January 7, 2026

[7] SYUKUR KITA BUKAN ROBOCOP


07 Januari 2026 - Rabu (17 Rejab 1447H)


Hari-hari ulang cerita sama.
Bangun — kerja — penat — tidur.
Esok ulang semula.


Kita teruskan hari demi hari bukan sebab jiwa kental tapi sebab berhenti bukan pilihan. Bil datang ikut tarikh, gaji ikut giliran, penat pula tak pernah diambil kira. Dalam dunia kerja ni, selagi bernyawa dianggap mampu dan selagi mampu, selagi tu kena jalan.


Kalau kau dah rasa kerja hari ni keterlaluan..
Ingat satu benda — ada orang ni mati masa kerja, lepas tu deme revive semata-mata nak suruh sambung kerja balik.

- sumber gambar dari en. Google -

Kesian dia..
'Pencen kena tarik, hidup balik kena carum KWSP pulak sebab skim pencen dah mansuh'.


Kadang kita penat bukan sebab kerja berat tapi sebab tenaga diperah tanpa henti.


@RemajaPurba: ..

Tuesday, January 6, 2026

[6] MENJAGA RUANG PERIBADI

 
06 Januari 2026 - Selasa [16 Rejab 1447H]

Belajarlah untuk tidak berkongsi semua hal peribadi. Kekal rendah diri kerana tidak semua perkara perlu diketahui orang lain.

Bukan semua orang yang bertanya benar-benar mengambil berat, ada yang sekadar ingin tahu, ada juga yang mahu menilai. Semakin sedikit orang tahu tentang hidup kita, semakin kurang ruang untuk salah faham, cerita belakang dan perbandingan yang tidak perlu.


Tidak semua perkara perlu dijelaskan dan tidak semua orang perlu tahu


Menjaga kehidupan peribadi bukan bermaksud berahsia berlebihan tapi tahu batas. Apa yang disimpan rapi selalunya lebih tenang dan ketenangan itu jauh lebih berharga daripada perhatian.

@RemajaPurba: ..

Monday, January 5, 2026

[5] TENGOK CERMIN — AKU VERSI YANG MANA?


05 Januari 2026 - Isnin [14 Rejab 1447H]


Aku kena pergi kerja sebab..
Terlalu naif untuk jadi scammer..
Terlanjur tua untuk jadi selebriti..
Terlalu kendur untuk jadi sugarbaby..

Terus tengok cermin — aku versi yang mana?


Jadi.. aku teruskan juga rutin harian bukan kerana pilihan lain tak ada tapi kerana pilihan ini yang aku pilih. Pilihan untuk kekal waras dalam dunia nyata serta pilihan untuk penat yang halal daripada senang yang meragukan.


Versi yang bangun pagi dengan mata sembap.
Versi yang tak viral tapi tahu erti tanggungjawab.
Versi yang tak dipuja ramai tapi jujur pada diri sendiri.


Kenalah kerja..
Kita tak ada bakat kikis duit jantan..

'Baguslah sedar diri  itulah yang terbaik'.


Bila orang lain cuba tunjuk gemerlap, aku tetap dengan versi sederhana. Versi yang mungkin tak dipandang tapi tenang bila meletakkan kepala di bantal. Kerja aku ini bukan glamour tapi ia buat aku berdiri teguh tanpa tipu daya dan setiap kali lelah menimpa, aku ingat — sekurang-kurangnya aku tak hilang diri dan keringat.


@RemajaPurba: Dah terlambat sebab dah expired.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...