Followers Remaja Purba

Tuesday, October 7, 2025

SIAPA YANG MAMPU JAGA AMANAH UJIAN ITU DENGAN BAIK?


07 Oktober 2025 - Selasa (15 Rabiulakhir 1447H)

Setiap ujian ada bahagian masing-masing, cuma caranya berbeza dan bagaimana kita menjaganya.

Dia diuji dengan kehilangan kerja.
Kita pula diuji dengan hati.
Bezanya, siapa yang mampu menjaga amanah ujian itu dengan lebih baik?

Kalau betul dia pernah bersikap bongkak dulu, mungkin ujian yang menimpanya hari ini adalah cara Allah mendidik dirinya tapi kalau hati kita pula rasa puas melihat kesusahan orang lain, jangan lupa — itu juga tanda kita sedang diuji. Bezanya, dia diuji dengan kehilangan kerja, kita diuji dengan menjaga hati daripada rasa dengki dan bangga diri. Kedua-duanya sama berat kalau tidak diurus dengan baik.

Kesilapan diabiarlah jadi pengajaran untuk dirinya tapi jangan sampai kita menambah salah dengan bergembira atas kejatuhan orang lain sebab akhirnya, yang membezakan hanyalah sejauh mana kita menjaga hati masing-masing.

Jangan pernah merasa hebat dengan rezeki yang kita ada sekarang. Semua milik Allah. Bila-bila masa saja Dia boleh tarik semula. Kerja elok, jawatan tinggi, gaji selesa — semuanya kerana Dia izinkan kita berada di situ. Tak perlu berlagak seolah-olah kita lebih baik daripada orang lain. Ingatlah.. tiada apa yang kekal di dunia ini.
Jangan bajet hebat sangat. Rezeki itu bukan kau punya tapi Allah yang punya. Kalau Dia tarik balik, tinggal kau bajet kering je nanti.

@RemajaPurba: Hari ini ada, esok mungkin tiada — jadi jangan pernah rasa tinggi diri..

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...