Followers Remaja Purba

Saturday, October 25, 2025

AWAK OK HARI NI?



Jika aku tidak lagi bertanya 'awak ok hari ni?', itu bukan kerana aku tak peduli — cuma kerana aku takut. Takut soalan sekecil itu sekali lagi disalah erti dan buat aku terluka tanpa niat.


Soalan yang nampak biasa, rupanya mampu buat aku tersentak. Kisah ni berlaku hujung bulan lepas, aku cuma bertanya begitu dan balasannya 'Tak payahlah tanya lagi soalan macam tu'. Ringkas tapi cukup buat aku terdiam. Bukan sebab soalan itu tapi sebab cara dia mematikan niat baik yang aku hulur.

Sejak hari itu, aku jadi serba salah. Nak diam, rasa bersalah. Nak bertanya, takut disalah erti. Aku cuba bertahan — mungkin dia penat, mungkin ada hal yang aku tak tahu tapi lama-lama, hati aku pula yang penat meneka.

Mungkin bagi dia, soalan yang selalu ditanya buatkan dia rimas. Jadi aku pilih jalan paling selamat — diam. Sekarang, aku tak tanya lagi. Bukan sebab tak peduli, cuma dah tak nampak keperluannya. Biar jarak jadi dinding supaya tiada 'access' untuk kami tahu hal masing-masing. Dan kini.. fikiran aku jauh lebih tenang dan mungkin ini pilihan yang dimahukan cuma tidak tahu bagaimana untuk 'mengakhirinya'.
Mungkin inilah hikmahnya - bila kita berhenti memaksa diri untuk terus berada dalam suasana yang menyakitkan, barulah kita sedar.. tenang itu bukan siapa yang ada di sebelah kita tapi apa yang kita rasa di dalam diri kita sendiri.

@RemajaPurba: Sesetengah hubungan tak perlu diakhiri.. cukup dibiarkan sepi sampai hilang sendiri.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...