Followers Remaja Purba

Sunday, October 26, 2025

DIA BELUM JUMPA LAGI 4124 — AIZA


Plat pendaftaran kenderaan dengan huruf 'U' kini semakin banyak digunakan, menandakan kemajuan siri nombor baru oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekilas nampak biasa, cuma huruf bertukar tapi bila diperhati, masa sebenarnya dah jauh meninggalkan kita. Siri demi siri berganti, tanda waktu terus bergerak tanpa tunggu sesiapa. Dalam diam, banyak perkara berubah — sama ada kita sedar atau tidak, semua orang sedang melangkah ke depan dengan cara masing-masing.

Sumber gambar: en. X

Cuba tanya dia..
MALAYSIA, RM, IM4U, PATRIOT, BAMbee, VIP, PERFECT, G1M, T1M
pernah nampak tak agaknya. 
Putrajaya, XOIC, XII NAM, LIMO, RIMAU, SUKOM ni pun ada.
PETRA, PREMIUM, GOLD pulak..?


Paling baru, dia belum jumpa lagi 4124 — AIZA..
Ini bukan sekadar nombor tapi satu permulaan baru yang sedang menunggu untuk diceritakan.


======================================

18 Oktober 2025 - Sabtu (26 Rabiulakhir 1447H)

Tarikh ini akan sentiasa menjadi antara kenangan terindah dalam hidupku.
Buat pertama kalinya, aku memiliki nombor plat atas nama sendiri — 'AIZA' — dan kini ia telah pun selamat menjadi milik Mr. Black. Kehadirannya benar-benar tepat pada waktunya kerana cikPutih sudah tidak lagi mampu untuk perjalanan jauh selagi belum berjumpa 'doktor pakar'. Namun begitu, cikPutih masih setia membantu en. Hubby dalam rutin hariannya.

Aku berharap cikPutih dapat diperbaiki dengan baik — agar dapat terus bernyawa lama dan aku tak perlu lagi risau setiap kali membawanya pergi.


Towards Memorable Customer Experience


Rasa nak ulang semula sesi bergambar di sini..


Alhamdulillah.. selepas lebih sebulan menunggu, akhirnya Mr. Black tiba juga. Debar itu masih terasa sewaktu aku memandunya pulang — maklumlah, sudah hampir dua bulan aku tidak memegang stereng. Sedikit kekok tapi aku perlu biasakan diri kerana selepas ini aku akan pergi kerja sendirian tanpa lagi ditemani sesiapa.


Ku bawa pulang dalam debar didada..


Dak Adik dan dak Nuha dah pun unboxing di rumah — hanya yang ini masih belum.
Sebagai simbolik, aku akan serahkan kepada dak Kakak nanti untuk dia pula yang unboxing. Aku tak benarkan sesiapa menanggalkannya lebih awal kerana dak Kakak belum berpeluang bertemu dengan Mr. Black.


'Nama dah ada sebelum kereta keluar' - dak Kakak


Walaupun Mr. Black taklah 'sekaya' mana tapi kami tetap menghargai kehadirannya dalam keluarga kecil kami. Bagi aku, kehadirannya bukan lagi soal kehendak — tapi satu keperluan yang melengkapi setiap langkah dan memudahkan urusan harian kami. Alhamdulillah.. hadirnya membawa tenang dan rasa syukur yang sukar digambarkan.



Kadang hidup pun macam nombor plat — nampak ringkas tapi setiap siri ada kisah dan waktunya sendiri. Bahagia itu bukan tentang memiliki yang sempurna tapi tentang menghargai setiap yang hadir dengan hati yang penuh syukur. 

@RemajaPurba: Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...