Kisah Petang semalam..
Aku antara pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana Penutupan Sementara (Dry-Run) bagi pergerakan motoked Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Laluan aku balik kerja antara yang terkesan dan aku tak jangka sebenarnya sebab aku ingat hanya laluan di Kuala Lumpur je. 'Adan uke'.. sebab salah sendiri — keluar lambat dari tempat kerja, ditambah pula hujan turun hampir seharian.
Aku faham bila melibatkan protokol dan kawalan keselamatan yang sangat ketat ni bukan untuk suka-suka — ia langkah wajib bila pemimpin negara besar datang ke Malaysia. Mereka ini merupakan antara individu berisiko tinggi dan keselamatan deme bukan perkara kecil.
Kalau apa-apa terjadi sepanjang lawatan rasmi ini, bukan dia saja yang terkesan — maruah dan imej negara kita juga akan tercalar, hubungan diplomatik boleh rosak, malah pelaburan asing juga boleh ditarik balik. Kadang kita nampak cuma kesesakan jalan tapi tak nampak taruhan di sebaliknya — keselamatan, maruah dan reputasi negara.
Pemimpin dari negara besar tergolong dalam kategori berisiko tinggi — antara sasaran utama pengganas, perisik dan pembunuh upahan. Sebab itu, protokol keselamatan mereka berada pada tahap maksimum. Satu kesilapan kecil pun boleh mencetuskan konflik besar.
Sumber gambar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM
Jika sidang sebesar ini tak berjalan lancar, kesannya boleh buat negara 'tersekat' bertahun-tahun — dari segi ekonomi, imej dan keyakinan dunia terhadap kita. 'Kita mungkin hilang masa dua jam dalam kesesakan jalan raya tapi kalau maruah negara tercalar, kita boleh hilang kepercayaan dunia untuk bertahun-tahun'.
Kadang bukan soal siapa yang datang, tapi bagaimana kita menyambutnya — di situ letaknya nilai diri, wibawa dan kebijaksanaan bangsa. Kerana maruah negara bukan dijaga di atas pentas dunia tapi dalam cara kita berfikir dan bertindak sebagai rakyatnya.
Mungkin hari ni, Tuhan nak ajar aku erti tenang walau keadaan tak menyebelahi sebab bukan semua kelewatan itu beban — ada yang sebenarnya cara halus Tuhan melindungi kita dari sesuatu yang kita tak tahu.
@RemajaPurba: ..



Ramai pemimpin dunia akan turun ke Kuala Lumpur.. Memang kawalan ketat la sepanjang persidangan..
ReplyDelete