02 Oktober 2025 - Khamis (10 Rabiulakhir 1447H)
Selamat datang Oktober..
Terasa cepat betul masa berjalan, dah masuk bulan baru. Oktober pula tu.. Satu bulan yang bukan sekadar angka dalam kalendar tapi satu ruang untuk kita bercerita. Every month is a fresh start — so write your story well.
Bulan baru, semangat baru. Rasa macam diberi peluang untuk susun balik langkah, buang yang kusut dan simpan hanya yang baik-baik. Aku nak laluinya dengan tenang sambil kumpul moment kecil yang boleh buat hati rasa bahagia. Kalau ada pahit pun, biarlah pahit yang ajar aku jadi lebih kuat.
Oktober selalunya sinonim dengan perubahan — cuaca, suasana malah hati manusia juga kadang ikut berubah. Jika semalam penuh cabaran, biarlah ia jadi pengalaman. Hari ini kita mulakan dengan doa, senyuman dan harapan. Moga perubahan kali ini membawa lebih ketenangan, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan bahagia yang berpanjangan.
LIFE CAN CHANGE JUST LIKE THAT
- sumber en. Google -
No comments:
Post a Comment