Followers Remaja Purba

Monday, October 6, 2025

DALAM MENGEJAR KEBEBASAN, JANGAN HILANG KESTABILAN


06 Oktober 2025 - Isnin (14 Rabiulakhir 1447H) 

Dalam hidup ni.. setiap orang ada cita-cita dan cara tersendiri untuk mencari rezeki. Ada yang seronok bekerja makan gaji, ada juga yang lebih suka berniaga kerana rasa bebas menentukan masa sendiri. Namun, satu perkara penting yang perlu difahami — tidak semua orang sesuai untuk berniaga dan tidak semua orang selesa bekerja di bawah orang lain. Tapi sebelum buat keputusan besar tu, satu perkara penting kena fikir — adakah kita benar-benar bersedia?


Carilah pekerjaan yang boleh memberi PENDAPATAN stabil.
Nak meniaga boleh tapi maths kena power. Marketing kena power. Communications Skills kena power DAN paling penting untuk BERNIAGA, mesti bersedia berdepan dengan KERUGIAN. Kalau tak berani tanggung rugi, kalau tak mampu berdepan dengan rugiJANGAN BERNIAGA, baik kerja makan gaji sahaja.

Kerja dan timba ilmu sebanyak mungkin. Dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan stabil. Kumpul duit banyak-banyak. Lepas tu nak meniaga, berniagalah dengan bermaruah. Jangan tergedik-gedik jadi tiktokers atau content creater, Lepas tu menyesal tak sudahsebab pendapatan tak stabil. - [#CelotehDrMalar] -


Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang rezekinya stabil bila makan gaji, ada yang rezekinya luas bila berniaga. Jangan ikut orang — tapi fahami diri. Kadang, kestabilan itu lebih berharga daripada kebebasan yang tak menentu. Hidup bukan tentang siapa paling cepat kaya — tapi siapa yang paling mampu bertahan lama.

Bila dah masuk dunia kerja, baru kita sedar — duit bukan sekadar untuk hidup tapi untuk bertahan.
Berniaga nampak glamour tapi tak semua mampu hadap turun naiknya.
Kerja makan gaji nampak biasa tapi di situlah rezeki stabil yang menampung kehidupan harian.
Jadi, sebelum buat keputusan, ukur baju di badan sendiri.

#RemajaPurba: Jangan tambah masalah ke atas diri orang lain..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...