BUAH BINJAI
Nama yang mungkin asing bagi generasi muda hari ini tapi bagi aku yang membesar di kampung, ia membawa seribu kenangan. Isinya masam-masam manis, baunya kuat menyesak hidung tapi itulah yang buat aku teruja setiap kali musimnya tiba.
Dulu.. nak mengait buahnya tak boleh sebab pokoknya tinggi menjulang. Hanya dengan cara baling kayu dan sasar dengan tepat pada buahnya. Kena pandai baling, barulah buahnya gugur menyembah tanah. Jika tidak, tunggu jelah buah tu gugur sendiri. Panjat..? Tiada yang mahu mengambil risiko kerana batang pokoknya besar dan tinggi.
Beberapa bulan lepas..
Berbunga lebat dan ada yang dah mula mengeluarkan putik.
Pokok binjai ini adalah dari semaian pokok asal, pokok asalnya sangat besar, sudah tua dan telah pun ditebang.
Pokok binjai yang baru ini akhirnya menghasilkan buah yang bukan sedikit. Buah sulung pula ketika itu dan mak aku tidak mahu menjual buahnya sebaliknya mak telah berniat untuk memberi pada sesiapa yang mahu ketika itu.
Aku..?
Rasa manis masam buah itu mengingatkan aku pada kenangan lama — masa kecil. Rasanya.. sama tapi kali ini, lebih sayu. Teringatkan arwah atok dan uwan aku. Arwah uwan aku dulu buat jeruk simpan dalam tempayan besar. Kemudian digunakan dalam masakan — biasanya masak lemak cili padi atau cicah dengan sambal belacan. Sedap sangat, ni pun kecur liur dibuatnya.
Buah binjai berbentuk lonjong dengan kulit berwarna coklat keunguan apabila masak. Isinya berwarna putih kekuningan, bertekstur lembut, beraroma kuat dan mempunyai rasa manis masam yang unik.
Jeruk Binjai
Ini buah sulung dari pokok binjai di kampung mak Aku.
Alhamdulillah rezeki.
Buah binjai antara buah eksotik tempatan yang mempunyai nilai tersendiri dalam kalangan penggemar buah tradisional. Walau mungkin tidak ditanam secara komersial, buah binjai dianggap sebagai buah eksotik bernilai tinggi dan wajar dipelihara. Kita perlu menjaga serta memelihara spesies ini supaya tidak pupus atau dilupakan.
Kini.. pokok binjai makin jarang kelihatan, seolah-olah kenangan itu turut menghilang bersama masa..
@RemajaPurba: Mak.. Pokok binjai tu bila nak berbuah lagi?
No comments:
Post a Comment