11 Oktober 2025 - Sabtu (19 Rabiulakhir 1447H)
Akhirnya, hujung minggu pun tiba..!
Selepas lima hari berperang dengan kerja, barulah terasa sedikit lega. Hujung minggu ni, aku cuba elak dari sebarang gangguan atau interaksi dengan dunia luar — cukup sekadar duduk di rumah. Lepak, rehat dan kumpul semula tenaga sebelum minggu baru bermula.
Setiap kali soalan 'How often do you think about quitting your job?' berlegar di fikiran, jawapannya selalu sama — 'Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday — Everyday'. Tapi.. aku tetap juga bangun setiap pagi dan pergi bekerja. Mengira hari sudah jadi rutin dan dalam diam aku tahu — tanggungjawab tetap tanggungjawab.
Kalau hari Isnin hingga Jumaat terasa seperti perlumbaan yang tiada garisan penamat, maka hujung minggu inilah checkpoint untuk berhenti sekejap. Isi balik tenaga dan ingat — hidup ini bukan hanya tentang kerja tapi juga tentang menikmati masa di antara segala kesibukan. Rehat bukan tanda malas tapi ruang untuk menyusun semula tenaga — supaya esok masih mampu melangkah dengan senyuman.
Kadang-kadang, aku cuma perlukan hujung minggu yang sunyi, ditemani secawan kopi dan biar dunia berputar tanpa perlu dikejar.
@RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment