Followers Remaja Purba

Monday, October 27, 2025

TERUS BERGERAK SELAGI MAMPU


27 Oktober 2025 - Isnin (5 Jamadilawal 1447H)

Berhadapan dengan kesesakan jalan raya sudah menjadi rutin harian. Setiap pagi, langkah diteruskan juga walau tahu perjalanan tak semudah dulu. Kadang terasa penat tapi begitulah kehidupan — terus bergerak selagi mampu.

TAPI.. kali ini bukan kerana perlu datang lebih awal sebaliknya perlu pulang lebih awal — agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya seperti di [SINI]. 

Kenapa tak ambil peluang Bekerja Dari Rumah (BDR)?
Teringin juga tapi tugasku menuntut kehadiran di tempat kerja membuatkan BDR bukan pilihan mudah Bagi aku, bukan soal mahu tunjuk rajin atau hebat tapi soal amanah. Selagi boleh, aku mahu kerja siap dengan baik tanpa menyusahkan sesiapa. Sekurang-kurangnya bila aku bercuti, tiada yang perlu tercari-cari aku.

Dulu — tenang, tanpa perlu tergesa untuk sampai ke tempat kerja.

Kadang-kadang, kita tak mampu ubah perjalanan - tapi kita boleh ubah cara kita melaluinya. Mungkin tidak semudah dulu tapi tetap aku jalani selagi mampu.
@RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...