Kadang-kadang kita rasa sihat.. tiba-tiba esoknya badan bagi signal lain pula.
Begitulah hari aku dalam minggu ini.
29 September 2025 - Isnin (07 Rabiulakhir 1447H)
Petang..
Aku dah mula rasa tak sedap badan. 'Ibu korang demam ni..' en. Hubby bila tengok keadaan aku. Rasa badan seram sejuk, macam nak demam. Waktu ni mula dah kerja rumah aku serahkan pada en. Hubby dan anak-anak. Deme hairan, dari mana aku boleh dapat sakit ni sedangkan aku tak ke mana-mana. Cuti pun cuma habiskan masa berehat di rumah, langsung tak ada outing.
30 September 2025 - Selasa (08 Rabiulakhir 1447H)
Pagi..
Bangun tidur badan rasa sakit-sakit, dah mula rasa dedor. Rasa macam antibodi pun dah season tapi tetap juga kena kerja sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Don’t worry, aku okay.. Mungkin sebab kurang rehat + tengah stress je.
Bangun tidur badan rasa sakit-sakit, dah mula rasa dedor. Rasa macam antibodi pun dah season tapi tetap juga kena kerja sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Don’t worry, aku okay.. Mungkin sebab kurang rehat + tengah stress je.
01 Oktober 2025 - Rabu (09 Rabiulakhir 1447H)
Petang..
Akhirnya mengalah jua dengan keadaan diri yang semakin tidak mengizinkan untuk aku bertugas esok. Doktor memberi kebenaran untuk aku berehat di rumah, moga tiada gangguan. Doakan semoga aku cepat sembuh dan kembali cergas macam biasa. Semoga esok lebih baik daripada hari ini, kerana bila tubuh lemah, jiwa belajar erti sabar dan doa jadi lebih indah.
@RemajaPurba: Kesihatan itu rezeki yang paling berharga.
No comments:
Post a Comment