Followers Remaja Purba

Saturday, October 4, 2025

SUMBANGAN ASAS RAHMAH


04 Oktober 2025 - Sabtu (12 Rabiulakhir 1447H)

REZEKI itu datang dalam pelbagai bentuk — kadang dalam bentuk wang, kadang dalam bentuk masa dan kadang cuma nikmat kesihatan yang perlahan-lahan kembali pulih. Hari ini, bila badan dah rasa makin baik, aku anggap semuanya sebagai satu bentuk rahmah yang patut disyukuri.

Alhamdulillah.. kesihatan aku semakin pulih. Memandangkan hari ini Kakak akan berangkat ke luar negeri, aku ambil kesempatan untuk singgah membeli sedikit barang dapur sebelum menghantarnya.

Jalan baru menuju ke Pekan Bentong

Terima kasih buat kerajaan di atas Sumbangan Asas Rahmah ini.

Waktu orang lain dah lama guna, aku baru nak mula. Itupun sebab en. Hubby yang suruh, kalau takmemang aku rancang nak tunggu sampai dekat tarikh tamat one-off tu nanti baru guna.

Langit biru, panas berbahang

Alhamdulillah, urusan menghantar dak Kakak berjalan dengan lancar. Perjalanan pergi dan balik pun smooth, jalan pun tak sesak. En. Hubby tenang memandu, aku pula tersandar kekenyangan. Untuk tiga bulan seterusnya, dak Nuha bakal merasa jadi 'anak tunggal' sebab Kakak dan Abangnya dah kembali ke negeri masing-masing.

Aku..?
Nikmat sungguh bila dapat merasa panas mentari walaupun cuma sekejap selepas dua hari berkurung di dalam rumah kerana tidak sihatkisah di [SINI].
Hari yang sederhana tapi cukup buat hati rasa penuh. Kadang bahagia itu datang dari perjalanan yang tenang dan pulang yang selamat. Alhamdulillah..

@RemajaPurba: Moga setiap langkah selepas ini juga dipermudahkanNYA.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...