29 Oktober 2025 - Rabu (07 Jamadilawal 1447H)
Berakhir sudah penutupan sementara laluan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Ramai yang terkesan termasuk aku seperti di [SINI], kini boleh menarik nafas lega. Tak perlu lagi tergesa-gesa semata-mata mahu elak tersekat dalam kesesakan jalan raya. Buat yang bekerja dari rumah, jangan lupa — tempoh istimewa korang dah pun tamat. Masa untuk kembali ke pejabat seperti biasa.
Aku..?
Terus bergerak selagi mampu — di [SINI].
Kadang-kadang, perjalanan hidup ni tak selalu lancar. Ada hari kita terpaksa berhenti seketika, belajar untuk bertenang dan menerima apa yang di luar kawalan kita. Namun bila semuanya kembali tenang, barulah kita sedar — betapa berharganya rasa lega itu.
@RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment