Followers Remaja Purba

Friday, October 3, 2025

SEMUANYA BERMULA DARI DIRI SENDIRI


03 Oktober 2025 - Jumaat (11 Rabiulakhir 1447H)

Tanggungjawab selepas berkahwin bukan sekadar di atas katil tetapi meliputi segala perkara dari A hingga Z yang perlu kau hadap tanpa skip.

Sekiranya kau tidak mampu menerima arahan dan mematuhi peraturan, tak hairanlah jika kau sukar untuk bertahan lama. Selagi tiada kesediaan untuk berubah, selagi itulah kehidupan kau akan terus berada dalam keadaan yang tidak menentu. Hidup akan lebih teratur dan tenang andai kau mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Banyak cara sebenarnya nak majukan diri tapi semua tu bermula dari diri sendiri. Kalau kau tak mula melangkah, jangan mimpi hidup kau akan berubah. jangan salahkan takdir bila hidup kau statik. Kau pilih sendiri untuk kekal terperap.
Kadang.. orang susah nak terima teguran sebab ego tinggi melangit.
@RemajaPurba: Ingat.. rezeki tu milikNYA, kau cuma menguruskan je.

2 comments:

  1. Salam Jumaat, terima kasih diatas nasihat...perubahan bermula dari diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. Betul. Kunci kepada hidup yang teratur memang sentiasa bermula dari kesediaan diri untuk berubah dan tanggungjawab kita menguruskan segala amanah. Kalau tak ada dua ni, memang susah sikit nak terus kehadapan.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...