Followers Remaja Purba

Sunday, September 28, 2025

#Ceramah - HIDUP INI KENA IKUT NETIZEN KE HADIS?


27 September 2025 - Sabtu (5 Rabiulakhir 1447H)

Poligami bukan perkara main-main. Ia menuntut kemampuan yang sebenar, bukan sekadar dari segi kewangan. Perasaan isteri pertama perlu dijaga. Jika dia masih terluka walaupun memberi izin suaminya berkahwin lagi, itu tandanya suami tersebut belum benar-benar mampu — kerana dia gagal menjaga hati isteri pertama. Itu juga sebahagian daripada nafkah batin, iaitu dari sudut kebahagiaan.

Apalah gunanya isteri kedua bahagia tetapi isteri pertama derita? Itu tetap tidak adil. Jika suami pernah berjanji untuk tidak berpoligami, maka janji itu wajib ditunaikan. Jangan sesekali dimungkiri. Isteri pertama juga berhak menolak atau menghalang suaminya berkahwin lagi, kerana suami itu miliknya. Hak seorang isteri tetap perlu dihormati, bukan boleh dipandang ringan atau dibuat sesuka hati.

=========================================

Benarkah isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai?
Aku tak nak sentuh cerita lama, tapi suka cara Ustaz Azhar Idrus (UAI) terangkan hal ni. Kadang-kadang rasa macam dapat shortcut faham benda yang susah, kadang-kadang buat kita tersenyum sambil gelak sendiri dan kadang-kadang rasa ringan je hati, macam tengah dengar kawan bercerita tapi dapat ilmu sekali.

'Aku tinggalkan dua perkara, selama mana kau ikut dia perkara ini, kamu takkan sesat. Al-Quran dan Hadis. Mana yang tak ikut, gerenti sesat. Itu saja'.

Tidak terkandung dalam Al-Quran serta Hadis mengatakan 'Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai'.

Tak salah nak buat status setiap hari tapi biarlah yang betul.
Dulu.. sebelum sesuatu ditulis masuk surat khabar, ia akan diteliti terlebih dahulu. Sekarang.. kita tulis je, kita tekan send  worldwide baca. Kalau salah, sampai akhirat menanggung dosa. 

Kalau nak tulis, tulislah perkara yang baik. Apa guna tulis benda mengarut atau cakap pelik-pelik? Ada pulak untuk dihargai, lepas tu pula dicintai. Hakikatnya, isteri pertama sering menjadi mangsa perasaan. Dia akan terasa hati. 'Apa benda status bodoh macam ni?'.

Padahal, kedua-dua — isteri pertama dan isteri kedua tetap tanggungjawab seorang suami. Suami akan ditanya tentang hal ini di akhirat. Sebab itu Nabi berpesan: 'Kamu semua orang yang beriman adalah terbaik kerana kamu beriman tapi antara kamu yang beriman, yang terbaik adalah yang paling baik dengan isterinya'.

Jadi, kalau tulisan kita buat isteri sakit hati, adakah kita masih dianggap yang terbaik? Sepatutnya, setiap kali kita bercakap, isteri suka. Setiap kali kita hantar mesej, hatinya gembira.


'Hidup ini kena ikut netizen ke hadis?'
'Kalau ikut netizen, sesat kamu jumpa api neraka'.
di [SINI]..

=========================================

'Hai.. senangnya dalam hati, kalau beristeri dua. Seperti dunia ana yang punya..'

Aku sebenarnya tak suka tengok orang kahwin dua tapi kalau kahwin tiga, aku rasa macam menarik pula — sebab nak lihat reaksi isteri kedua bila dirinya pula dimadukan. Barulah rasa sedikit adil. Selalunya, wanita mudah merampas hak orang lain tanpa fikir perasaan isteri pertama tapi bila giliran hak mereka pula yang 'dirampas', tahu pulak nak marah.
Hadis tu peta, netizen tu GPS yang kadang tersasar. Nak rumah bahagia? Pilih peta yang betul.

Dalam usia Remaja Purba ni, sebaiknya kita tenang-tenang je. '2025 ni jangan banyak bunyihidup je'. Apa yang ada dalam socmed ni, jangan percaya bulat-bulat. Ambil yang baik sebagai teladan, yang buruk buang jauh-jauh sampai ke sempadan.

#RemajaPurba: Mak..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...